Monday 2 November 2015

Total Expenses for Europe trip 2015

Assalamualaikum  dan salam sejahtera...

Seperti yang dijanjikan, berikut adalah jumlah perbelanjaan utama untuk kembara eropah 2015 yang lepas. Macam kos locker/ kos simpan luggage di setiap city aku tak senaraikan sebab banyak yang tak ingat. heheheh...Lagipun benda ni option. Terpulang kat korang.    Kos simpan luggage sgt tinggi bila di city yang takde sistem locker. Macam kat amsterdam aku tak activate no pin kat credit card, so tak bleh guna sistem locker. Maka kawan2 activate la apa yg patut before nak melancong mana2. Untuk kos makan pun, terpulang jugak sebab kalau nak jimat bawak barang makanan dr Malaysia. Nak makan sana pun boleh, so ikut budget masing2.  Sepanjang kembara eropah ni yang betul2 kami beli meal utama masa kat London, Amsterdam, Keukenhof, Heidelberg, Milan, Venice, Pisa dan Rome. Ada yang makan ala carte dan ada yang set. Contoh masa kat London chicken wrap berharga 2.50 GBP jer. Harga pun aku rasa berpatutan macam kat amsterdam set kebab, air dan fries pun lebih kurang 6.5 Euro. Masa kat Pisa pun harga lebih kurang. Selain tu banyak beli roti, biskut dan snack untuk alas perut. Kat sana murah2 jer benda2 tu semua. Contohnya kat Athens, jem yang kecik2 tuh 0.06 sen jer. 1 Air mineral 1.5 L dan 1 tin air berkarbonat berjumlah 0.48 sen je. So total perbelanjaan untuk makan dan makanan yg lain tak sampai pun 100 Euro. Kami banyak masak sendiri dan makan bekalan yang kami bawak dari Malaysia.

1.5 L mineral water and soft drink= 0.48 Euro

Setiap satu berharga 0.06 Euro

 Overall ini adalah summary untuk total main expenses masa kat Eropah iaitu transportation (inter city dan local), accommodation dan entrance fee.



No
Expenses
RM
1
Main Transportation
4108.30
2
Accommodation
1363.04
3
Local  transportation
1268.24
4
Entrance Fee

899.28

Total
RM 7638.86
 
 Bagi main transportation ke negara2 yang lain dan penginapan kebanyakan kami dah book dan bayar online melalui credit card masa kat Malaysia lagi. So time tu currency exchange berbeza2 ikut kadar semasa. Kadar yang aku senaraikan untuk part tersebut mengikut harga yang di kenakan oleh credit card dan untuk 2 part itu juga aku tunjukkan juga harga untuk 2 orang sebab kami book dan bayar  untuk berdua. Details bagi setiap perbelanjaan tersebut seperti di bawah.

a) Main transportation for 2 person


No
Destination
RM
Euro
In RM
GBP
In RM
Remarks
1
KUL-AUH-Heathrow
Athens-AUH-KUL
4740




Flight
Travel insurance included
2
London-Birmingham



31
169.43
Bus (National express)
3
London - Paris

86
371.43


Train (Eurostar)
4
Paris - Brussels

44
191.84


Train (Thalys)
5
Brussels - Amsterdam

58
249.81


Train (Thalys)
6
Amsterdam -Heidelberg

81.90
341.20


Train (Db Bahn)
7
Heidelberg- Zurich

87
365.41


Train (Db Bahn)
8
Zurich- Milan

44
188.38


Train (Trenitalia)
9
Milan-Venice

18
77.14


Train (Trenitalia)
10
Venice- Florence

38
162.12


Train (Trenitalia)
11
Florence-Pisa

16
65.6


Train (Trenitalia) -beli tix di station
12
Pisa-Rome

18
77.06


Train (Trenitalia)
13
Rome- Athens

151.70
640.02


Flight (Alitalia)
14
Athens-Santorini (Return)


134
577.15


Flight (Ryanair)

Total
4740
776.60
3307.16
 31
 169.43


Total per person
2370
388.3
1653.58
15.5
84.72


Total
RM 4108.30 per person

b) Accommodation for 2


No
Destination
Night
Euro
In RM
CHF
In RM
Remarks
1
Paris
2
98
412.09


AirBnB
2
Brussels
1
39
162.47


AirBnB
3
Amsterdam
1
39
162.47


AirBnB
4
Heidelberg
1
46
197.62


AirBnB
5
Thun, Switzerland
1
63
262.46


AirBnB
6
Lauterbrunnen, Switzerland
1


66
250.8
Hostel Valley (Pay on arrival)
7
Zurich, Switzerland
1
47
195.8


AirBnB
8
Milan
1
42
177.14


AirBnB
9
Florence
1
34
142.90


AirBnB
10
Rome
2
71
308.94


AirBnB
11
Athens
2
59
246.70


AirBnB
12
Santorini             

2
49
206.70


AirBnB

Total

587
2475.29
66
250.8


Total per person

293.5
1237.64
33
125.4


Total
RM 1363.04 per person






















Bagi pengangkutan semasa di tempat yang kami pergi tu, kami gunakan duit poket yang kami bawak di mana currency exchange waktu itu agak murah la iaitu 1 GBP= RM 5.5, 1 Euro=4.1 dan 1 CHF=RM 3.8. Alhamdulillah kami pergi time Ringgit Malaysia masih stabil.

c) Local transportation per person


No
Destination
Euro
CHF
USD
GBP
Remarks
1
London



12
24H pass- Metro





2.2
One way Metro ticket





50/2=
25
Car rental
2
Paris
6.4



1.60E one way
3
Brussels
7.20



Metro
4
Amsterdam
8.20



Train ticket Ams-Harlem (Return)


7.50



24H pass- Tram/Metro
5
Heidelberg
4.45



24H pass- Tram/Metro
6
Switzerland


158.60/2=79.3

Car rental for 3 Days (pay by credit card)



39.90 /2=19.95


Petrol



13.2


Train Zurich airport- Zurich HB (return)



11


Zurich HB-Langwies Tram/ Train-Return
7
Milan
4.50



24H pass- Metro
8
Venice
3.2



Venezia Mestre- Venezia S.L (return)
9
Florence
5.00



24H pass- Tram
10
Pisa
1.20



Bus ticket
11
Rome
9.00



1.5 Euro one way- Metro


14



Train to airport from Roma Termini
12
Athens
4



24H pass- Metro


85/2= 42.5



Airport-Athens (return)- Taxi
13
Santorini      

15/2=
7.5



Airport-Karterados - Taxi


14



Bus ticket (1.60-2.20 one way)

Total
146.15
44.15
79.3
39.2


Total in RM
568.47
167.77
316.40
215.60
1 Euro=RM 4.1  1 GBP=5.5  1 CHF=3.8

Total
RM 1268.24









































d) Entrance Fee


No
Location
Euro
In RM
CHF
In RM
Remarks
1
Keukenhof
23.5
95.10


Termasuk bas ke  Harlem-Keukenhof  (Return)- Byr online di Malaysia
2
Jungfarujoch


183.6
697.68

3
Colosseum
14
57.30



4
Acropolis

12
49.2




Total
49.5
201.6
183.6
697.68


Total
RM 899.28

Untuk duit poket terpulang nak bawak banyak mana. Kalau nak shopping bawak la banyak2..hihihi...Masukkan juga dalam duit poket tu perbelanjaan untuk local transportation, makan dan entrance fee dan lain2 keperluan seperti laundry dan kos simpan luggage. Aku rasa, kalau  pergi  berempat sangatlah ideal dan kos pun akan kurang sebab share berempat macam kos sewa kereta serta penginapan.  Walaupun pergi berdua, so far 10K memang cukup waktu aku pergi tu memandangkan Ringgit Malaysia masih sihat walafiat. Kalau time RM tengah gering sekarang nih cost semestinya meningkat.

Anyway, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izinNya dapat juga aku menjejak kaki ke negara2 Eropah dan menjadikan impianku menjadi kenyataan. Thanks juga to my travel buddy, Kdot yang berkongsi minat yang sama dengan aku dan menjayakan kembara eropah 2015 ini. Terima kasih to my parents yang  percaya kepadaku serta mengizinkan aku mengembara sehingga ke bumi Eropah. Million thanks pada sahabatku Nora, dan family, host kami yang sangat best semasa kami di Birmingham. Serta adik beradik yang memberikan moral support, bos yang meluluskan cuti, serta semua yang terlibat memberikan pertolongan dan khidmat semasa pengembaraan ku ini. Chewahhhh...macam dapat award pulak. Macam lah dorang sumer ni baca blog aku. Heheheh.. InsyaAllah, ada rezeki banyak lagi kembara yang akan menyusul kerana impian aku seluas bumi, banyak benua yang ingin aku jelajahi...Ok. Bye.


















No comments:

Post a Comment