Tuesday 29 September 2015

Kembara Eropah: Day 16 Travel to Greece- Athens

24 April 2015 (Saturday)

Seawal 5.30 pagi kami dah sedia menunggu Metro untuk ke Roma Termini. Pagi2 pun ramai orang padahal Metro mula beroperasi pukul 5.30 pagi. Kami akan menaiki train ke Rome Fiumicino airport untuk destinasi seterusnya iaitu Athens, Greece yang dijadualkan berlepas pada jam 8.40 pagi. Tiket train ke airport dari Roma Termini sudah kami beli pada hari yang sebelumnya beharga 14 Euro.

Kami menggunakan penerbangan Alitalia untuk ke Athens. Had maksima yang dibenarkan untuk luggage adalah 23kg, akan tetapi masa nak check in luggage rupa2nya hanya dibenarkan satu bag sahaja. Dah satu hal kena repack semula.Masa nak check in luggage, tetiba staff tersebut mintak visa. Huh....pelik ni..takkan staff ni tak tahu yang kami tak perlukan Visa. Even dah explain, tak puas hati gak..duk call sapa ntah untuk confirmation. Lama gak sangkut kat kaunter. After dah dapat confirmation tanya macam2 pulak. Bila nak balik, tak boleh stay lebih dr 3 bulan  dan macam2 lagi...Helloooo...aku tau la semua tuh..pelik aku...lagipun memang nak keluar dah pun dari tanah Rome tuh..tak balik dah pun sana...Pftttt...please la cik adik...aku pun tak hingin nak menetap kat sana..lain la kat Swiss..memang aku teringin...Selesai di kaunter dengan staff kereks tuh nak kena drop luggage plak kat tempat lain coz bag aku besar sangat katanya..Macam2 hal...

Alhamdulillah penerbangan ke Athens berjalan dengan lancar dan kami sampai di Athens airport lebih kurang pukul 11.40 pagi. Kami decide untuk ambil taxi ke tempat penginapan kami di Damassippao 28, maka kami angkut semua luggage kami. Kat sini, tambang taxi adalah flat rate iaitu 35 Euro hari siang dan malam pula 50 Euro. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit. Tak jauh sangat la airport dengan tempat penginapan kami. Awal2 lagi Becky, host kami di Athens dah bekalkan pincode untuk access pintu masuk ke building apartment kami dan kunci apartment sudah tersedia di pintu. Apartment kami di ground floor yang sangat selesa untuk kami berdua.

Petangnya kami jalan2 di sekitar kawasan apartment serta survey station Metro yang berdekatan. Jauh jugak nak ke station Metro terdekat iaitu Megaro Mousikis lebih kurang 15 minit dari apartment. Mungkin ada jalan pintas yang lebih dekat. Tengok2 juga kalau ada restoren halal yang kami boleh try tapi nan hado. Komunikasi kat sini agak sukar sebab tak ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris tapi so far ok la boleh faham sebab kami guna bahasa isyarat jugak..heheheh.  Lagi satu kena tanya ramai orang. Harga tiket Metro pulak 1.40 Euro untuk satu perjalanan ke mana2 destinasi manakala 24H pass berharga 4 Euro. Tak snap gambar pun hari sampai hari Athens tu...Till next time. Ok. Bye.



Monday 21 September 2015

Kembara Eropah : Day 15 Travel to Italy- Rome

23 April 2015 (Thursday)

Hari ni plan memang nak jalan2 sekitar Rome. Sebelum keluar sempat Emanuella bagi info dan direction untuk visit Rome. First tempat yang kami tuju ialah Collosseum. Tiket masuk dah beli online masa kat Malaysia. Kat sini harga tiket Metro 1.5 Euro untuk satu perjalanan ke mana2 station. Time kami keluar ni pun Metro penuh dengan orang...Untuk ke Colosseum boleh turun di station Colosseo. Memandangkan station Colosseo adalah Metro line B (biru) manakala Numidio Quadrato station Metro line A (merah) maka kami turun di station Manzoni. Malas nak tukar2 train. Lagipun memang nak jalan2 tengok suasana Rome.Kami jalan dalam 10-15 minit juga nak sampai Colosseum dari station tersebut. Mungkin lebih dekat tapi almaklum je la, first time sampai, keliru mana jalan yang nak dituju. Masa kami sampai pun orang dah start ramai. Sebenarnya di Rome memang banyak historical sites, bangunan dan monuments yang famous namun yang betul2 kami masuk Colosseum je. Yang lain hanya jenguk2 dan ambik gambar dari jauh je. Hehehe. Mari layan gambar2 satu hari di Kota Rome.


Alhamdulillah..dapat jejak tanah Rome dan Colosseum ada di depan mata...
Di ruang pameran dalam Collosseum- Head Sculpture 
Internal view of Colosseum






Arco di Constantino (Arc of Constantine) view dari Colosseum - teringat pulak abang John Constantine, dah la aku baru je ulang tayang citer tersebut
Ada banyak gak gerai yang jual souvenir

Ramai pelancong kat Colosseum


Arco di Constantino dan Colosseum

Jalan2 kat Kota Rome
Next,  plan  nak jalan2 area pusat bandar Rome.  Semasa dalam perjalanan boleh nampak kesan tapak peninggalan ancient rome along the street.








Civlio Caesari Dict Perpetvo- tak pasti statue apa, mungkin statue Julius Caesar..hahaha..lawatan takder tourist guide macam ni la..banyak benda yang tak sure


Bangunan2 yang sempat snap semasa jalan2

Jalan punya jalan jumpa pulak Forum of Trajan ( Foro Di Traiano). So jom singgah jap.

Trajan's column (Colonna Traiana) di Forum of Trajan

Close up- Trajan's Column
Orang yang pakai trojan warrior costume. Nak ambil gambar dengan mereka ni kena bayar ye..









Monumento a Vittario Emanuele II (National Monument to Victor Emmanuel II) atau dikenali juga sebagai  Altare della Patria (Altar of the Fatherland)

Trevi Fountain- masa time pegi ni masih dalam restoration

Buat masa ni boleh lempar duit kat sini je



Dekat area Trevi fountain ni banyak kedai2 untuk membeli belah. Souvenir pun banyak kat sini. Sempat gak kami makan aiskrim dan beli T-shirt sebagai kenangan. Dari sini kami naik bas untuk ke Roma termini. Tak larat nak jalan dah..ketar lutut rasanya.

Singgah makan pizza kat restoren halal berdekatan area luar bangunan station Roma termini. Banyak Halal restoren kat area situ

Destinasi terakhir untuk jalan2 di Kota Rome adalah Vatican City. Dari Station Termini kami menaiki Metro ke station Ottaviano. Dalam 10 minit juga nak sampai vatican City dari station. Masa nak menuju ke church ni ramai betul tour agents duk tahan2 kami. Mereka ingat kami ni salah jalan sebab jalan yang kami pergi ni menuju ke church. Untuk ke muzium jalan lain. Mereka pelik sebab kami ni muslim kenapa nak pegi church. Kebanyakan tour agents yang tahan2 kami tuh kebanyakan nya dari muslim country. Kami pun explain la kat mereka kami just nak ambil gambar je.
Menuju ke Vatican City



Dah nak sampai ke Vatican city. Ada polis jaga kat pintu masuk tu. Ramai je polis kat area ni.

Ramai betul orang beratur nak masuk church kat bangunan ada kubah tu (St. Peter's Basillica)

St. Peter's square in Vatican City.  Monumen yang tinggi tu adalah Obelisk

Ko tengok orang queue..dari bangunan sebelah kanan tuh lagi..punyalah panjang org beratur

St. Peter's Basillica




Sekejap je kami kat vatican city ni. Ambil2 gambar terus balik. Tak singgah pun ke museum. Time jalan balik jumpa gerai jual jacket dan coat yg murah. Masa time nak pi Swiss tak jumpa plak. Tak beli pun sebab kembara kami dah nak sampai penghujung. Lagipun next destination takde la sesejuk macam jungfrauoch. Betapa famousnya kami sampai orang yang jual tu pun duk tanya soalan yang sama macam sebelum ni..why you go to churh? are you a muslim? hahahaha...Kagum aku..perasan pulak mereka ni muka kami. Ramai kut orang lalu lalang dan  kedai tersebut berdekatan dengan station Metro. Mungkin dorang perasan masa time kami pergi tu direction menuju ke church. Sampai kat Numidio Quadrato kami jalan2 kat kawasan sekitar sebelum balik ke tempat penginapan. Sempat juga singgah supermarket tengok harga2 barang. Salah satu aktiviti kami kalau pi supermarket. Hehehehe. So far, mana2 tempat kami pergi di Eropah, harga barang2 keperluan macam biskut, roti dan lain2 memang murah.

Maka berakhirlah sudah kembara Rome kami. Jumpa di Greece pulak. Ok. Bye.



Thursday 17 September 2015

Kembara Eropah : Day 14 Travel to Italy- Pisa

22 April 2015 (Wednesday)

Pukul 7.30 pagi kami dah terpacak di station Firenze untuk next train kami ke Pisa. Actually kami akan ke Rome pada petang ini so kami decide untuk singgah sebentar di Pisa. Aku dan Dot memang suka singgah menyinggah ni.

Tengok peta nak pegi leaning tower of Pisa

Kami akan ke tempat nombor 2 dalam list di atas iaitu Piazza del Duomo (UNESCO World Heritage Site)- Yang menempatkan beberapa monumen yang terkenal. Salah satunya Leaning tower (campanile). Naik bas je ke sana.

Battistero..antara bangunan yang ada di Piazza del Duomo. Nampak tak Leaning Tower kat belakang tu

Inilah dia Leaning Tower of Pisa


Cathedral

Boleh panjat tower nih kalau rajin. Kami tengok dari luar je..

Pintu yang ada di Leaning Tower. Tak sure ada banyak pintu lagi ke tak.

Tengok dari jauh memang nampak condongnya

Singgah makan kat restoren halal kat area Pisa. Sedap sangat makanan Italy ni-Arancini

Nasi kepal goreng dalamnya ada sayur2

Makan bersama Pizza- sedap jugak

Dataran depan Pisa station


Pisa Centrale- Train station

Ok. Bye kami nak pergi Rome pulak ni

Kami singgah di Pisa semata mata nak tengok Leaning Tower sahaja. Alhamdulillah dapat jugak tengok dan sempat pulak rasa makanan Itali kat Pisa. Train kami ke Rome pada pukul 2.54 petang.  Perjalanan agak memakan masa kerana banyak berhenti di intermediate stations. Dalam train ke Rome tempat letak bag berada di atas kepala maka agak sukar bagi kami nak angkat bag2 tersebut. Terima kasih kepada seorang jejaka Itali yang baik hati kerana sudi membantu kami. Beliau turun di station sebelum kami turun, sempat turunkan bag2 kami tu sebelum beliau turun memandangkan tempat kami duduk tu unoccupied. Grazie signore.

Kami sampai di Roma Termini lebih kurang 6.05 minit petang. Simpan barang kat station kemudian menaiki metro untuk ke  Numidio Quadrato station yang berdekatan dengan rumah host kami. Masa nak ke Metro station tu sempat tengok telenovela uda dan dara. Kali ini scene perpisahan kut sebab tengok si dara tengah nangis2 sambil dipujuk oleh si uda. Tengok telenovela orang skang telenovela kami pula. Kami punya pulak war scene. Macam berperang rasa nak naik metro. Aku rasa kat Rome ni sangat sesak dengan manusia. Nak masuk Metro pun rasa penyeksaan terutama dari Roma Termini ni. Metro sangat padat sampai nak masuk tak muat. First Metro tak masuk pun sebab rasa tak mampu nak berebut rebut masuk. Ingatkan next Metro kurang sikit kan tetapi macam tuh jugak. Nak tak nak kena jugak berusaha untuk masuk dalam Metro tu. Memang sengol sengolan la dalam Metro. Sesak nafas weh.

Alhamdulillah sampai jugak kami di tempat penginapan. Sebelum ni aku berurusan dengan Bianca tapi tak sempat pun jumpa sebab Bianca dah keje di tempat yang lain. Kat sini kami berurusan dengan mak Bianca, iaitu Puan Emmanuella. Beliau sangat baik dan banyak bagi info pasal Rome.

Seperti malam2 sebelumnya di Eropah, kami lepak kat bilik je. Esok nak pi melawat colosseum dan jalan2 di sekitar Rome. Ok. Bye.