Friday 28 August 2015

Kembara Eropah: Day 5 Brussels

13 April 2015 (Monday)

Train kami untuk ke Brussels dijadualkan pada 8.58 pagi. Seawal pukul 6 pagi dah keluar , hari pun dah cerah.  Tiada security check and immigration check untuk ke Brussel seperti dari London ke Paris.



Tengah tunggu train kat platform untuk ke Brussels. Kali ni kami naik train Thalys. Au Revoir Paris.
Sampai di  Bruxelles Midi Brussels Zuid lebih krang pukul 10.30 pagi

Seperti biasa simpan bag dalam locker. Bawa barang keperluan sahaja


Bangunan2 di bandar Brussel

Jalan2 menyusuri bandar Brussels menuju ke Grand Place



Deretan kedai yang ada. Banyak kedai coklat kat sini

Town Hall-salah satu bangunan yang terdapat di Grand Place

Bangunan yang ada di Grand Place (city square di Brussel)

Ramai juga orang di Grand Place ni

Jalan2 lagi jumpa Manneken Pis- Famous statue yang terkenal di Bandar Brussel

Menikmati Waffle panas ketika cuaca dingin di Brussel..memang layan..Harga-1 Euro jek

Orang beratur nak masuk Primarks. Kami pun menyibuk nak masuk. Masa kat Grand Place ramai sangat bawak paper bag Primark ni. Biasa la kami, curious kan..jalan2 je mesti ada orang bawak paper bag ni. Siap tanya direction kat orang direction nak ke Primarks. Dah la payah nak faham sebab ramai yang ditanya tak tahu cakap English...Akhirnya berjumpa juga. Murahhh sgt barang2 kat sini....

Lepak depan bangunan ni lepas keluar dari Primarks

Sampai di kawasan penginapan kami
Di Brussels, kebanyakan mereka di sini berbahasa French atau Dutch. Tidak ramai yang kami jumpa yang boleh bertutur dalam English. Our host di Brussel iaitu Mimi fasih bertutur dalam bahasa Perancis dan English. Mimi sebenarnya berasal dari Benin yang terletak di benua Africa dan bekerja di Brussels. Mimi merupakan host yang sangat ramah dan banyak info yang di kongsi oleh Mimi tentang Brussels. Salah satu yang aku sangat tertarik adalah sistem  pembuangan sampah. Di sini mereka sangat strict dalam hal ini di mana setiap sampah perlu diasingkan mengikut kategori dan menggunakan plastik sampah yang telah ditetapkan. Masa pembuangan sampah juga telah ditetapkan. Jika peraturan2 tersebut tidak dipatuhi pemilik sampah akan di denda. Patutlah kat sini bersih je.  Malam kami hanya lepak di rumah sambil berbual2 dengan Mimi serta  layan rancangan TV yang ada di Brussels. Hidangan untuk malam di Brussels adalah mee segera dari Malaysia..hehehehe..
Sekian sahaja untuk episod Brussels kali ini. Jumpa di Amsterdam. Ok. Bye.
























end

Wednesday 26 August 2015

Kembara Eropah: Day 4 Paris

12 April 2015 (Sunday)

Bonjour Paris..
Aktiviti hari ni jalan2 bandar Paris. Dalam pukul 9.30 pagi kami dah keluar nak pi Eiffel Tower. Kami berjalan kaki sahaja ke sana memandangkan agak dekat dengan bilik kami sambil menikmati udara pagi. Rasa teruja tu dah tentu. Mari kita explore kota yang terkenal dengan nama City of
Love ini.


Kawasan luar bangunan bilik

Eiffel tunggu aku datang...

On the way ke Eiffel melalui taman. Ramai orang jogging kat sini.

Finally...bertemu juga kita ye Eiffel...Masa ni jumpa satu group dari Malaysia yang travel Europe juga. Mereka berempat/ 5 sudah lupa... dan agak terkejut kami berdua sahaja. Heheheeh..Mereka akan ke Brussel petang tu manakala kami pula akan ke sana esok pagi

Tanda arah untuk pelancong2 yang takde travel guide macam kami ni. Memang banyak ikut signage ni untuk cari jalan or tempat
Punyalah ramai orang beratur nak beli tiket naik Eiffel. Tak jadi nak naik. Masa nak purchase online dari Malaysia lagi tiket dah sold out.
Kat situ pun ada orang beratur jugak
Pandangan dari bawah

Nampak tak ada orang panjat tangga naik Eiffel...Aku hanya mampu pandang sahaja..tak larat hokayy..Kalau nak naik pun aku nak guna lift aja...
Eiffel Tower
Au revoir Eiffel...Kami mula meninggalkan Eiffel Tower untuk jalan2 ke tempat lain. Tak ada destinasi pilihan lagi. Kami decide masa kat Metro station, senang nak plan.
Ada taman di sekitar Eiffel tower. Sempat juga kami duduk sambil makan aiskrim. Walau cuaca panas tapi tetap rasa sejuk

Masa cari jalan ke Metro jumpa bangunan Cavalerie yang terletak opposite Eiffel tower. Tak sure bangunan apakah ini.
Tunggu Metro untuk destinasi seterusnya
Keluar Metro station jumpa bangunan ni. Grand Palais iaitu large historic site, exhibition hall dan kompleks museum . Time ni tengah ada aktiviti  berlangsung. Nampak ramai orang beratur nak masuk.
Opposite dari Grand Palais tadi. Petit Palais yang merupakan salah satu art museum di Paris.
Jalan2 depan lagi jumpa Invalides. Dalam ni pun ada museum dan monumen. Kami tengok dari jauh je..
Bakery Paul di deretan kedai di Champ Elysees...hahaha...Kelakar plak...punyalah kami cari Champ Elysees..ingatkan monumen ke apa rupanya avenue atau boulevard yang mempunyai deretan kedai di sepanjang jalan ni. Kira shopping street la ni.
Jalan-jalan..tetiba..eh jumpa Arche de Triumphe dari kejauhan. Memang plan nak naik Metro nak pi ke monumen ni..tengok2 ada dah depan mata
La Duree..kedai jual macaroon famous dan sedap kat Paris
Jalan2 di Champ Elysees. Banyak deretan designer dan branded shop kat sini.Jalan2 kat street ni tengok2 juga mana tau jumpa artis tengah shopping.
Salah satunya LV. Ramai betul orang beratur kat kedai ni tunggu giliran nak masuk. Tertanya-tanya jugak murah ke sampaikan ramai yang beratur. Tapi malas nak masuk dan investigate..hehehe..
Semakin hampir dengan mercu tanda France itu
Inilah dia Arche de Triomphe de l'Etoile. Terletak kat hujung jalan Champ Elysees. Famous monumen dan besar yang menjadi mercu tanda di Paris dan menjadi tarikan pelancong. Kalau orang sebut Arche de Triomphe...yang famous nye yang ini ye.
Kami sampai kat The Louvre. Tak masuk pun muzium, jalan2 je. Ada shopping complex jugak dalam ni. Ini adalah art pieces yang menghiasi dalam bangunan tu
The Louvre dari luar. Dalam muzium ni la ada lukisan Monalisa dan lain2 lukisan yang terkenal. Yang segi tiga tu adalah Louvre pyramid
Sebahagian daripada bangunan Louvre palace. Besar betul.

Yang ini adalah Arc de Triomphe du Carrousel. Opposite daripada bangunan The Louvre itu tadi. Monumen ni kecil skit daripada Arch de Triomphe yang terletak kat Champ Elysees tu.
Masa lawatan dan tamat. Dalam Metro nak balik bilik.

Sampai bilik makan roti untuk isi perut. Sempat juga pergi supermarket yang berdekatan dan sempat juga kami pergi mendobi. Hehehe. Makan malam kami masak nasi sendiri dan makan sambal ikan bilis yang kami bawak. Nak la juga try masakan perancis tapi tak jumpa pun kedai yang diyakini halal. Malam duduk kat bilik dan dipenuhi dengan aktiviti tidur..heheheh...till next time. Jumpa di Brussel. Ok. Bye.









































Friday 21 August 2015

Kembara Eropah: Day 3- Dari London ke Paris

11 April 2015 (Saturday)

Pagi yang indah kami dah sedia untuk ke destinasi seterusnya. Sebelum kami gerak ke Birm Coach station, kami breakfast dengan penuh selera nasi lemak made by Nora. Memang sedap weh. Bersungguh betul makan padahal baru 3 hari kut kat negara asing. Nora siap bekalkan kami nasi lemak dan nasi paprik. Best sesangat..Betapa bertuahnya kami dan syukur kepada Allah atas segala nikmatnya. Thank you very much Nora and Zarul for your warm hospitality during our stay in Birm. Jazakamullah khairan kathira. Tak sempat nak snap gambar depan rumah mereka. Cantik sangat, suka style rumah kat sini dah la ada pokok tak tahu nama apa (tapi macam cherry blossom ke memang cherry blossom pun aku tak sure) yang sedang lebat berbunga. Pukul 9 pagi bas kami bergerak ke kota London. Bye2 Nora..sayonara Birmingham.


Menunggu giliran untuk naik bas. Kami meninggalkan Birm dengan satu penambahan bag..huhuhu..baru kat birm bag dah beranak. Bas tersebut di bawa oleh lady driver dan penumpang wajib pakai seat belt. Seperti biasa the lady driver bagi taklimat keselamatan which aku rasa patut kita implement kat sini.


Sampai di London kami terus menuju ke underground station. Time ni memang aku sangat2 di uji. Jarak bas station ke underground station lebih kurang 10 minit jika aku berjalan dalam keadaan normal. Tapi dalam keadaan terbongkok bongkok lebih gak 20 minit. Mana tak terbongkoknya, backpack tu sangat berat. Tambah dengan barang2 aku beli kat M&S itu dah tambah berapa liter . Hambikk kau. Kalau ko mampu, larat dan fit boleh la bawak backpack 55L tu, tapi memandangkan aku ni yang tak segagah mana ni baik la pakai bag yang awal2 aku beli tu. Bag yang aku pakai tu tak isi barang banyak mana pun dah berat, inikan pula ko sumbat macam2. Masa mula2 bawak bag ni aku ingat bila besar boleh la sumbat macam2. Memang la banyak boleh sumbat tapi mampu ke aku nak memikulnya. Macam manalah boleh tak terfikir, sampai London baru sedar..sudah terlambat...Ini yang aku katakan membawa padah sebab tukar bag tu. Patut la uncle jual bag kat aku tu kata besar bag aku tuh sesuai dah for lady apatah lagi orang macam aku yang berstamina ala2 kadar ni je. Padahal kami work out la juga time weekend mungkin tak cukup lagi la tu. Bawak bag pun macam nak tumbang, gigih aku mengimbangkan diri..kalau orang tolak sket pun memang boleh tersungkur la, tak jatuh ke depan ke belakang.  Time tu jugaklah terkenang luggage kat bawah katil. Aku tengok ramai je orang travel bawak luggage. Nak sampai ke underground station tu seksa rasanya, macam jauh sangat. Walau apa pun perjuangan perlu diteruskan. Selepas penat jerih dan beberapa pit stop sampai juga kat underground station tu. Terus carik tempat untuk simpan luggage.

Dengan masa yang ada kami decide nak buat lawatan ke Harrods. Dari Harrods, kami balik semula ke underground station  victoria untuk ambil bag dan rush ke London St. Pancras International untuk ke Paris. Maka cabaran bag bermula lagi. Dah la nak ke platform tuh agak jauh. Kena naik tangga lagi. Mcm nak pengsan dah aku.  Sakit bahu, pinggang dan belakang toksah citer la. Untuk ke Paris ni, boarding macam naik flight, ada security dan immigration check. Kalau travel guna train ni, memang kena pantas. Kalau ko naik memang kat main terminal, train tuh akan berhenti lama sikit la ada la dalam 10 minit kut. Kalau ko naik kat stesen kecil dalam 5 minit je. Sebab tu sebelum nak sampai station yg kita nak turun, orang dah ready tunggu depan pintu untuk turun. Penumpang yang nak naik plak dah siap tunggu depan coach yang tertera kat tiket. Memang kat eropah ni nak naik train pun lari2 cari coach. Kalau local train yang free seating tak kisah la nak naik coach apa, jangan naik first class pulak. Tempat luggage yang besar2 memang limited je. Kalau ramai penumpang memang penuh la tempat tuh.  Kalau larat boleh je masukkan kat compartment bag kat atas kepala kita tuh tapi pepaham je lah kekuatan kami ni. Memang tak larat nak angkat backpack kami yang berat tu naik letak kat atas. Tapi so far sepanjang trip ni masalah letak bag masih dalam kawalan. Tak boleh pun kami buat sampai boleh.. Huhuhu.

Train Eurostar ke Paris bertolak pukul 4.22 petang. Dalam train tu kami baru sempat makan nasi paprik yang di bekalkan oleh Nora. Memandangkan isu bag menjadi masalah utama untuk kami bergerak dengan efisyen dan pantas, maka kami bersepakat untuk meninggalkan backpack kami di train station memandangkan kebanyakan train yang kami naiki depart menggunakan station yang sama. Kami hanya bawa barang keperluan sahaja di tempat kami tinggal. Kami sampai di station Paris Gare Du Nord lebih kurang pukul 8 malam. Oh ya di London perbezaan waktu adalah 7 jam lewat dari waktu Malaysia manakala di Paris pula 6 jam lewat. Sampai sahaja di station, kami terus mencari tempat untuk simpan luggage dan pack barang yang diperlukan nanti. Di sini mereka menggunakan sistem locker. Selesai hal bag, kami mula bergerak untuk ke tempat penginapan. Kami menggunakan metro. Kalau nak ke mana2 tengok je map laluan metro tersebut. Memang banyak line metro kat sini. So kena tengok betul2 laluan yang nak pergi, ada kena tukar metro ke tak. So far sistem metro kat Paris ni memang senang faham kalau refer kat Metro map mereka ni. Kami agak lost juga la bila nak cari tempat tinggal kami dari station Metro. Jalan punya jalan kami stop kt depan church ni. Tunggu tepi jalan. Host di Paris iaitu Yvan called dan tanya di mana. Dot try untuk explain tapi Yvan tidak berapa faham. Kebetulan 2 orang pakcik yang masik segak dan berpakaian smart lalu depan kami lantas kami meminta pertolongan mereka untuk explain pada Yvan dimanakah keberadaan kami. Baik sangat pakcik tersebut. Sedap pulak aku dengar dorang ni speaking French. Hehehe. Akhirnya Yvan faham dan  tunggu Yvan untuk ambil kami.  Sampai kat bilik pun dah lewat. Perut yang lapar diisi dengan nasi lemak yang dibekal oleh Nora. Syukur sangat. Bilik kami ni comel je tapi padan la dengan harga. Paris la paling susah kami nak cari tempat. Semua reject, Yvan je yang sudi terima kami. Mandi2 lepas tu pengsan. Esok nak explore Paris pula.

Entry ni tak de gambar. Gambar kat atas tu pun ambik dari Nora. Heheheh. Tak sempat pun nak snap gambar, pasal sibukkan hal bag. Nak ambik nafas pun termengah mengah, inikan pulak nak bergambar bagai. Memang nan hado la. Benda2 macam ni bagi pengalaman, pelajaran dan pengajaran kat kami. Boleh la jadi panduan next time nak pi jelajah mana2 negara pulak. Ye lah..first time backpack terus jelajah 8 negara. Padahal beginner kut...Kami kan bercita cita tinggi...hehehe..  Lepas tu  sawan shopping plak tak sedar diri dengan tujuan asal iaitu backpacking ke Eropah. ..hahaha...rasakan....sendiri cari pasal sendiri tanggung la. Apa pun memang enjoy walaupun dalam kepayahan memikul bag. Yang penting hati gumbira.... see you in Paris. OK. Bye.




























Thursday 20 August 2015

Kembara Eropah: Day 2- Birmingham- Stratford - Bibury- Swindon- University of Oxford

10 April 2015 (Friday)

Dalam pukul 12.30 pagi kami sampai di Birmingham Coach Station. Tak dapat lelap sangat dalm bas. Aku ni kan banyak cekadak sket kalau bab2 tido ni. Tidur kat umah sendiri pun susah lelap inikan pula dalam bas. Dah la penumpang kat belakang kami tu sangatlah loud. Mungkin kawan lama yang bertahun tahun tak berjumpa kut. Apapun aku puji dan kagum dengan sistem pengangkutan awam kat sini dan juga negara2 eropah yang aku pergi. Memang punctual. Ko dah beli tiket kalau ko lambat tinggal ok. Kalau bas gerak kul 10 malam pukul 10 la jalannya. Takde makna nak tunggu bas padat macam sardin baru nak gerak. Memang ikut jadual sebab tu kita boleh estimate dah masa perjalanan. Kalau local bus pula setiap bus stop dah ada dah jadual bas ni. Ikut je masa yang ada, InsyaAllah sampai la bas tersebut. Terus dalam kepala duk buat comparison dengan negara sendiri. Kan bagus kalau negara kita pun buat sistem macam dorang ni. Terus aku mengimbau nostalgia zaman  aku study degree dulu. Ingat lagi kalau naik bas (yang namanya start dengan huruf M) ni pi kl  , selagi tak sardin dan penumpang tak rasa kesesakan oksigen memang tak jalan. Nak naik bas macam nak pegi perang. Tak main la beratur atur ni, konsepnya main serbu je. Bas pulak punyalah padat sampaikan bergerak pun ala2 siput, laju lagi kalau ko naik beskal. Mentang2 kami takde pilihan lain, suka hati je nak jalan pukul berapa sampai pukul berapa. Jadual pun takde, memang harapan tinggal harapan la. Ok, berbalik kepada cerita asal. Di sini kami dijemput oleh kawan kami Nora and husband- Zarul yang menetap kat sini. Sampai di rumah mereka kami dijamu dengan mee rebus yang super sedap. Kawan kami Nora ni memang pandai masak. Kami sembang punyalah lama, masuk subuh baru stop borak. Kat sini waktu subuh lebih kurang 4 lebih pagi. Pukul 6 pagi pun hari dah start terang. Tidur kejap, pukul 8 pagi dah nak keluar. Plan asal nak pergi Stone henge tapi perjalanan agak jauh so  kami tukar plan untuk memanfaatkan lagi masa yang memang limited ini. Makanya kami akan pergi ke Stratford-upon- avon, Bibury, Swindon designer outlet dan University of Oxford. Memang berbaloi la pergi tempat2 ni. Kalau korang sukakan nature pegi la stratford dan Bibury tu. Memang cantik. Haku betul2 jatuh hati especially pada Bibury.

Stratford ni merupakan tempat kelahiran shakespeare. Tempat ni memang serius cantik. Aku suka tengok mereka sangat menjaga serta menghargai alam semulajadi. Dengan cuaca yang sangat baik hari itu memang layan la jalan2 kat sini. So meh layan gambar2 kat stratford ni.

Deretan bangunan yang cantik. Bersih je kan




Ko tengok tu...bot pun nama2  pada karya Shakespeare
Bagi swan makan...tetiba teringat cerita Fantaghiro


Actually gift shop pun dalam bot macam ni gak tapi masa kami nak pi tu tutup

Kalau nak berkelah pun sesuai la sangat. Nak guling2 pun tak ragu2 sebab tempat ni  memang tip top bersih. Patutlah citer hindustan selalu shoot kat oversea, jamin bersih nak guling2 kekdahnya. Aku puji la orang2 kat sini punya attitude yang bagus dalam menjaga kebersihan alam sekitar. 

On the way pi parking lalu kat pasar tani ni. Banyak jual2 hasil tanaman tempatan dan macam2 lagi. Sempat gak haku beli anggur hijau dan blueberry. 1 pound each. Strawberry pun ada. Hampir semua buah2an tempatan tu berharga 1 pound. Dah la banyak dalam satu paket tuh. Strawberry pun gemuk2. manis pulak tuh. Selepas membeli belah kami pun bergerak menuju destinasi seterusnya iaitu Bibury.

Bibury ni merupakan salah satu traditional rural village yang ada kat England ni. Tempat ni memang jadi tarikan pelancong. Untuk lebih lanjut korang boleh tanya pakcik gugel hokayyy. Aku cerita panjang lebar nanti dah jadi kelas geography dan history pulak nanti. Kampung ni memang best. Sangat bersih. Nampak tak di situ, setiap tempat aku pi ayat bersih ni memang tak tinggal. Memang bersih membuatkan aku yang orang kebanyakan ni  sangat ingin tahu apa sistem dorang buat sampai boleh maintain bersih macam ni. Cottage yang cantik2, air sungai yang jernih, udara yang segar serta pokok2 dan tumbuhan yang ada...memang buat aku macam nak tinggal je kat sini. Aku ada nampak rumah untuk dijual tapi nak tanya tak sampai hati nak melukakan hati sendiri. Jom layan gambar kat Bibury ni.

Berderet kereta yang parking tepi2 jalan..kampung ni memang jadi tarikan pelancong







Jernih je air..eh..ada itik
Rasa macam nak berkampung je kat sini..
Cantikkan cottage ni..




Next kami singgah di Swindon untuk aktiviti window shopping je kononnya kat McArthur Glen Designer Outlet. Tak sempat mana nak ambik gambar dalam ni..ye la masa limited lepas tuh buzy scan barang2 kat dalam ni..dah nama aktiviti window shopping kan. Hahaha...aku mula2 masuk memang tak plan pun nak beli apa. Pound yang ada tinggal berapa jer..so aku confident la memang tak shopping dalam ni..tiba-tiba termasuk M&S dan di sinilah bermulanya..Mata aku ternampak barang yang berharga 1 pound. Ingatkan ilusi optik, itu yang datang dekat nak confirm betul2 la. Dah dekat hambik kau..memang benar ya kawan2..produk mandian, lotion dan sewaktu dengannya tu memang berharga satu pound. Yang 500ml tu. Ada yang gift set siap ada free pouch  bag yang besar lagi hanyalah 4 pound. Dalam tu siap ada lotion, shower bath, hand cream dan mandian. Tetiba sawan shopping datang....muahahaa...aku beli 3 botol mandian dan 1 botol lotion yang berharga 1 pound each. Yang gift set tu pun ada beli. Hahahah...gila berat. Tak sedar diri ada banyak lagi negara aku nak kena pikul backpack aku tuh. On the way nak keluar tu  lalu pulak kedai perfume. Mula2 eksen la taknak masuk. Tiba2 mata aku ternampak lagi gift set perfume (Vespa) serendah 5 pound each kalau ko beli 2 set. Dalam tu ada mandian, body lotion dan EDT 30ml. Try bau wangi plak tuh. Lalu aku dan Dot beli lagi sorang satu gift set Vespa tu. Nampak tak semuanya hanya dari kerana mata.


Wah..ada ketapi dalam outlet ni

Penat membeli belah kami terus rush ke University of Oxford. Besar sangat university ni dan sangat bersih. Memang kota universiti la kat sini. Universiti ni terdiri daripada pelbagai institusi termasuklah 38 kolej yang berlainan (info wikipedia). Patutlah masa lalu nampak macam2 kolej ada.  Jalan2 sekejap je memandangkan dah nak senja.





Suasana ketika senja
Nak singgah gift shop oxford uni tapi tutup. Memang plan nak la beli souvenir oxford kat sini

Sebelum naik kereta sempat singgah beli chicken wrap kat sini. 2.5 pound je. Dah la portion besar  makan pun gigih aku nak habiskan.

Sekian sahaja aktiviti menarik kami yang padat serta menyeronokkan sepanjang kami berada di Birmingham. Tak sempat pun nak lawat tempat2 menarik kat Birm ni. Rumah Nora dan station bas Birm je yang sempat pegi. Masa terhad sangat2 tapi macam2 tempat nak pergi..acaner tuh..Heheheh...So sampai rumah Nora lebih kurang pukul 10. Nora and Zarul jamu kami dengan ayam golek style birmingham yang dibeli berdekatan dengan area rumah mereka. Memang sedap weh..kecorr pulak ailio den bila teringat balik. Malam tu tidur awal juga lepas pack barang, kami dah pengsan, esok nak bangun pagi sebab nak catch bus to london untuk next trip iaitu Paris. Till next time..OK. Bye.