Thursday 29 October 2015

Kembara Eropah: Day 20 Back to Malaysia

28 April 2015 (Wednesday)

Dalam pukul 6 pagi bapa Maria menghantar kami ke airport. Good bye Santorini. Flight kami ke Athens berlepas pada pukul 8.20 pagi. Ramai jugak penumpang nak ke Athens. Time beratur masa nak board dalam kapal terbang sempat juga aku memerhati dalam diam pasport seorang passenger dari America ni. Kebetulan aku ternampak dia tengah belek2 pasport dia, aku pun tumpang la tengok. Cantik kut pasport dorang, siap ada gambar2 lagi. Aku ingat aku sorang je berminat rupanya passenger yang beratur kat sekeliling dia pun tengah tengok pasport mamat America tuh...heheheh...bila aku belek2 pasport aku, baru perasan  rupa2nya ada gak gambar kat setiap muka surat tuh tapi pasport america tuh lagi nampak cantik la. Biasa la..kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak...hihihihi..

Sampai di airport Athens dalam pukul 9 lebih. Flight kami ke Abu Dhabi dijadualkan bertolak pukul 2.35 petang. Maka melepaklah kami di airport tersebut. Sempat la susun barang dalam bag, minum2 kat cafe airport menghabiskan Euro yang ada. Hehehe. Kami sampai di Abu Dhabi airport untuk transit lebih kurang pukul 8.25 malam. Kali ni memang lama la kami transit. Flight pulang ke Malaysia di jangka akan berlepas pada pukul 2.05 pagi. Memang sempat sangat2 la kalau nak explore airport ni. 



29 April 2015

Alhamdulillah perjalanan pulang ke Malaysia berjalan lancar. Flight pun tak penuh so suka2 hati jer nak duk mana. Aku siap conquer satu row bahagian tengah kapal terbang. Kami sampai di Malaysia lebih kurang pada pukul 1.30 petang. Sebaik sahaja kami selamat mendarat di KLIA, hujan turun selebat lebatnya. Maka proses pengambilan luggage sedikit delay disebabkan hujan lebat tersebut. Bila dah balik Malaysia ni rasa macam sedikit tak best sebab dah nak kena masuk keje semula...Huhuhu...Yang best dapat makan sedap2...Hehehe..padahal tak sampai sebulan pun pergi..poyo jer lebih. Next chapter aku akan senaraikan total perbelanjaan untuk kembara eropah aku kali ini. OK. Bye.

No comments:

Post a Comment