Friday, 4 September 2015

Kembara Eropah: Day 7 The Garden of Europe- Keukenhof

15 April 2015 (Wednesday)

Keukenhof yang terletak di Lisse ini merupakan salah satu taman bunga yag terbesar di dunia. Taman ini  hanya di buka antara mid march- mid may setiap tahun. Time aku pergi ni bunga2 sedang tumbuh. Banyak juga la bunga. Kalau pi lewat sikit mesti lagi meriah dengan bunga2an. Jom layan gambar2 bunga di sini.

Tunggu bas untuk ke Keukenhoff. Station bas ni terletak depan bangunan train station Harlem

Jadual perjalanan bas

Dalam bas untuk gerak ke Keukenhof

Turun di bus stop yang ini untuk tunggu next bus to Keukenhof.

Ladang di belakang bus stop. Luas sangat. Tak sure nak tanam apa. Tanam bunga kut

Bersih je air. Itik pun ada berenang dengan happy nya

Nampak budak2 naik beskal..nak pi sekolah agaknya


Beratur nak masuk taman. Kami dah beli tiket siap2 secara online masa kat Malaysia lagi. Harga tiket termasuk dengan tiket bas pergi balik Harlem-Keukenhof. Ini pun dah ramai orang

Pengunjung2 lain di Keukenhof

Bunga2 yang tersangat banyak dan bermacam2 jenis
Tulip..macam2 kaler ada
Kawasan dalam Keukenhof. Memang besar taman ni.
Tulip lagi..Segar2 sangat bunga2 kat sini


Letih jalan, singgah breakfast jap


Antara taman yang ada dalam ni












Orang jual aiskrim pun ada..Letih boleh duduk lepak2 makan aiskrim







Kincir angin

Ladang bunga..tak banyak bunga lagi yang kembang



Dalam bas, otw nak balik ke station Harlem. Kat sini, pets dibenarkan naik bas
Antara penumpang2 lain yang naik bas ni
Petang itu juga kami terus rush ke Amsterdam Central untuk ambil bag dan meneruskan perjalanan kami ke Heidelberg menaiki DB Bahn train. Untuk ke Heidelberg kami akan banyak transit dan tukar2 train. Try beli night train secara online tp tak dapat walaupun try beli 3 bulan sebelum tarikh pergi. Sempat juga berkenalan dengan sepasang couple rakyat  belanda semasa turun naik train tu. Sambil tunggu train kami  borak2 dengan dorang ni.Sempat mereka bertanya pandangan kami tentang Amsterdam. Mereka sempat melahirkan rasa hati mengatakan Amsterdam sekarang bukan menggambarkan identiti sebenar Belanda. Pada pendapat aku Amsterdam ni tersangatlah urban disamping bandarnya yang cantik dan tersusun. Banyak open bar di sekitar canal. Ramai orang lepak minum2. Bila lalu memang boleh bau alkohol yang sangat menusuk hidung. Belum lagi nightlife kat sana. Pernah la dengar dan baca2 artikel tentang Amsterdam di waktu malam.. pasal red light district ..weed brownies pun tak jumpa...tak singgah pun kat cafe2 yang lain selain kedai kebab. Tak sempat pun nak jadi detektif dan investigate sendiri..hahaha...

Untuk perjalanan ke Heidelberg ni memang menguji ketahanan fizikal dan mental sungguh. Sampai di salah satu station di Jerman (tak ingat yang mana satu) untuk meneruskan perjalanan ke station seterusnya, kami telah tertinggal train kerana masalah komunikasi. Padahal kami dah tanya kaunter dan kami di platform yang betul. Tak sangka pula train yang sampai tu train yang sepatutnya kami naik padahal dalam tiket lain plak namanya. Tidak pula kami tanya pada penumpang yang menunggu di platform yang sama tu..heheheh..Sepatutnya bila naik train lain kena bayar tiket lain dalam train tersebut atau mengikut budi bicara konduktor tiket. Alhamdulillah..bila konduktor tiket check, mereka memahami keadan kami, lagipun memang kebetulan pada hari tersebut train banyak yang delay dan disebabkan itu juga kami selamat dari membeli tiket yang baru. Maka kawan2 jika kita pergi sendiri ke tempat yang baru dan tidak mempunyai travel guide,  rajin2 lah bertanya dengan banyak orang. Di Jerman kami menghadapi kesukaran bahasa kerana  announcement di kebanyakan station adalah berbahasa Jerman. Jumpa di next entry. Ok. Bye.



Thursday, 3 September 2015

Kembara Eropah: Day 6 Amsterdam

14 April 2015 ( Tuesday)

Train kami untuk ke Amsterdam pagi ini dijadualkan bertolak pada pukul 7.52 pagi. Pukul 6 pagi dah keluar dari rumah. Good bye Mimi.



Station Metro yang berdekatan dengan rumah Mimi

Tunggu Train ke Amsterdam di Bruxelles Midi. Naik ketapi Thalys

Hahaha..Luggages my travel partner..bag sudah beranak pinak

Anak beranak bag empunya blog..Bag merah tu la yang beli kat Harrods..Lepas beli terus menjalankan tugas. Si Merah ni la yang  selalu di usung memandangkan backpack ditinggalkan di locker kat dalam station ketapi.
Sampai di Amsterdam lebih kurang pukul 9. 45 pagi
Amsterdam Central
Locker di Amsterdam Central menggunakan sistem kad kredit. Maka kami tak boleh pakai kad kredit kami coz takde no pin maka kami terpaksa pikul bag2 ni ke Drop and Go tempat penyimpanan bag di bandar Amsterdam. Kat sini agak mahal kerana penyimpanan berdasarkan size dan kuantiti bag.

Sempat mendobi baju

Isi perut sambil tunggu baju kering. Kedai ni kat sebelah tempat kami mendobi je
I amsterdam sign..ramai betul orang kat sini..kena tunggu turn nak ambik gambar kat abjad2 tu

Kolam kat depan sign tersebut..ramai orang lepak2 kat sini. Cuaca pun best..memang sesuai la

The Rijksmuseum- National museum di Amsterdam. Tak masuk pun..lalu sebab nak pi ke I amsterdam sign tu..hehehe


Singgah kejap kat Vondelpark. Kat Amsterdam ni ramai orang naik beskal

Pemandangan di sekitar Canal

Banyak kafe2 di tepi canal kat Amsterdam ni..memang syok la nak lepak2

Siap ada sign ni lagi...huhuhu


Tram yang kami naik mengelilingi bandar Amsterdam


Canals of Amsterdam

Banyak beskal kat sini. Rata2 orang kat sini naik beskal..macam syok je tengok..

Memang cantik view kat sini

Deretan bangunan di sekitar Canals..Tak berkesempatan nak tengok view waktu malam coz kami stay di Harlem

Bandar Amsterdam

Madame Tussaud...pun tak masuk juga..dah petang sangat nanti nak rush ke Harlem


Jalan raya kat Amsterdam..kereta, beskal, tram dan lain2 semua di jalan yang sama. Bagus sistem pengangkutan mereka ni.

Lepak sambil makan fries kat depan sini. Kalau nak naik cruise di sekitar canal, boleh beli tiket kat sini. Lepas habis makan terus gerak ke Amsterdam Central untuk ke Harlem.

Cantikkan kindegarden kat sini. Masa ni dah sampai kat Harlem. Tengah cari rumah host airbnb kami. Rasa macam jauh dari train station, mungkin sebab penat..

Dalam perjalanan jumpa tasik..pemandangan kat neighbourhood sini memang cantik..

Jumpa park...cantik dan bersih je..rasa sangat tenang dan aman

Kawasan perumahan tempat penginapan kami
Alhamdulillah..akhirnya jumpa juga kami di rumah host airbnb kami. Bilik comel tapi selesa dan bersih. Itu yang penting. Ok sekian sahaja untuk kali ini. OK. Bye.









Friday, 28 August 2015

Kembara Eropah: Day 5 Brussels

13 April 2015 (Monday)

Train kami untuk ke Brussels dijadualkan pada 8.58 pagi. Seawal pukul 6 pagi dah keluar , hari pun dah cerah.  Tiada security check and immigration check untuk ke Brussel seperti dari London ke Paris.



Tengah tunggu train kat platform untuk ke Brussels. Kali ni kami naik train Thalys. Au Revoir Paris.
Sampai di  Bruxelles Midi Brussels Zuid lebih krang pukul 10.30 pagi

Seperti biasa simpan bag dalam locker. Bawa barang keperluan sahaja


Bangunan2 di bandar Brussel

Jalan2 menyusuri bandar Brussels menuju ke Grand Place



Deretan kedai yang ada. Banyak kedai coklat kat sini

Town Hall-salah satu bangunan yang terdapat di Grand Place

Bangunan yang ada di Grand Place (city square di Brussel)

Ramai juga orang di Grand Place ni

Jalan2 lagi jumpa Manneken Pis- Famous statue yang terkenal di Bandar Brussel

Menikmati Waffle panas ketika cuaca dingin di Brussel..memang layan..Harga-1 Euro jek

Orang beratur nak masuk Primarks. Kami pun menyibuk nak masuk. Masa kat Grand Place ramai sangat bawak paper bag Primark ni. Biasa la kami, curious kan..jalan2 je mesti ada orang bawak paper bag ni. Siap tanya direction kat orang direction nak ke Primarks. Dah la payah nak faham sebab ramai yang ditanya tak tahu cakap English...Akhirnya berjumpa juga. Murahhh sgt barang2 kat sini....

Lepak depan bangunan ni lepas keluar dari Primarks

Sampai di kawasan penginapan kami
Di Brussels, kebanyakan mereka di sini berbahasa French atau Dutch. Tidak ramai yang kami jumpa yang boleh bertutur dalam English. Our host di Brussel iaitu Mimi fasih bertutur dalam bahasa Perancis dan English. Mimi sebenarnya berasal dari Benin yang terletak di benua Africa dan bekerja di Brussels. Mimi merupakan host yang sangat ramah dan banyak info yang di kongsi oleh Mimi tentang Brussels. Salah satu yang aku sangat tertarik adalah sistem  pembuangan sampah. Di sini mereka sangat strict dalam hal ini di mana setiap sampah perlu diasingkan mengikut kategori dan menggunakan plastik sampah yang telah ditetapkan. Masa pembuangan sampah juga telah ditetapkan. Jika peraturan2 tersebut tidak dipatuhi pemilik sampah akan di denda. Patutlah kat sini bersih je.  Malam kami hanya lepak di rumah sambil berbual2 dengan Mimi serta  layan rancangan TV yang ada di Brussels. Hidangan untuk malam di Brussels adalah mee segera dari Malaysia..hehehehe..
Sekian sahaja untuk episod Brussels kali ini. Jumpa di Amsterdam. Ok. Bye.
























end