Train kami untuk ke Brussels dijadualkan pada 8.58 pagi. Seawal pukul 6 pagi dah keluar , hari pun dah cerah. Tiada security check and immigration check untuk ke Brussel seperti dari London ke Paris.
Tengah tunggu train kat platform untuk ke Brussels. Kali ni kami naik train Thalys. Au Revoir Paris. |
Sampai di Bruxelles Midi Brussels Zuid lebih krang pukul 10.30 pagi |
Seperti biasa simpan bag dalam locker. Bawa barang keperluan sahaja |
Bangunan2 di bandar Brussel |
Jalan2 menyusuri bandar Brussels menuju ke Grand Place |
Deretan kedai yang ada. Banyak kedai coklat kat sini |
Town Hall-salah satu bangunan yang terdapat di Grand Place |
Bangunan yang ada di Grand Place (city square di Brussel) |
Ramai juga orang di Grand Place ni |
Jalan2 lagi jumpa Manneken Pis- Famous statue yang terkenal di Bandar Brussel |
Menikmati Waffle panas ketika cuaca dingin di Brussel..memang layan..Harga-1 Euro jek |
Lepak depan bangunan ni lepas keluar dari Primarks |
Sampai di kawasan penginapan kami |
Di Brussels, kebanyakan mereka di sini berbahasa French atau Dutch. Tidak ramai yang kami jumpa yang boleh bertutur dalam English. Our host di Brussel iaitu Mimi fasih bertutur dalam bahasa Perancis dan English. Mimi sebenarnya berasal dari Benin yang terletak di benua Africa dan bekerja di Brussels. Mimi merupakan host yang sangat ramah dan banyak info yang di kongsi oleh Mimi tentang Brussels. Salah satu yang aku sangat tertarik adalah sistem pembuangan sampah. Di sini mereka sangat strict dalam hal ini di mana setiap sampah perlu diasingkan mengikut kategori dan menggunakan plastik sampah yang telah ditetapkan. Masa pembuangan sampah juga telah ditetapkan. Jika peraturan2 tersebut tidak dipatuhi pemilik sampah akan di denda. Patutlah kat sini bersih je. Malam kami hanya lepak di rumah sambil berbual2 dengan Mimi serta layan rancangan TV yang ada di Brussels. Hidangan untuk malam di Brussels adalah mee segera dari Malaysia..hehehehe..
Sekian sahaja untuk episod Brussels kali ini. Jumpa di Amsterdam. Ok. Bye.
end
No comments:
Post a Comment