Thursday 3 September 2015

Kembara Eropah: Day 6 Amsterdam

14 April 2015 ( Tuesday)

Train kami untuk ke Amsterdam pagi ini dijadualkan bertolak pada pukul 7.52 pagi. Pukul 6 pagi dah keluar dari rumah. Good bye Mimi.



Station Metro yang berdekatan dengan rumah Mimi

Tunggu Train ke Amsterdam di Bruxelles Midi. Naik ketapi Thalys

Hahaha..Luggages my travel partner..bag sudah beranak pinak

Anak beranak bag empunya blog..Bag merah tu la yang beli kat Harrods..Lepas beli terus menjalankan tugas. Si Merah ni la yang  selalu di usung memandangkan backpack ditinggalkan di locker kat dalam station ketapi.
Sampai di Amsterdam lebih kurang pukul 9. 45 pagi
Amsterdam Central
Locker di Amsterdam Central menggunakan sistem kad kredit. Maka kami tak boleh pakai kad kredit kami coz takde no pin maka kami terpaksa pikul bag2 ni ke Drop and Go tempat penyimpanan bag di bandar Amsterdam. Kat sini agak mahal kerana penyimpanan berdasarkan size dan kuantiti bag.

Sempat mendobi baju

Isi perut sambil tunggu baju kering. Kedai ni kat sebelah tempat kami mendobi je
I amsterdam sign..ramai betul orang kat sini..kena tunggu turn nak ambik gambar kat abjad2 tu

Kolam kat depan sign tersebut..ramai orang lepak2 kat sini. Cuaca pun best..memang sesuai la

The Rijksmuseum- National museum di Amsterdam. Tak masuk pun..lalu sebab nak pi ke I amsterdam sign tu..hehehe


Singgah kejap kat Vondelpark. Kat Amsterdam ni ramai orang naik beskal

Pemandangan di sekitar Canal

Banyak kafe2 di tepi canal kat Amsterdam ni..memang syok la nak lepak2

Siap ada sign ni lagi...huhuhu


Tram yang kami naik mengelilingi bandar Amsterdam


Canals of Amsterdam

Banyak beskal kat sini. Rata2 orang kat sini naik beskal..macam syok je tengok..

Memang cantik view kat sini

Deretan bangunan di sekitar Canals..Tak berkesempatan nak tengok view waktu malam coz kami stay di Harlem

Bandar Amsterdam

Madame Tussaud...pun tak masuk juga..dah petang sangat nanti nak rush ke Harlem


Jalan raya kat Amsterdam..kereta, beskal, tram dan lain2 semua di jalan yang sama. Bagus sistem pengangkutan mereka ni.

Lepak sambil makan fries kat depan sini. Kalau nak naik cruise di sekitar canal, boleh beli tiket kat sini. Lepas habis makan terus gerak ke Amsterdam Central untuk ke Harlem.

Cantikkan kindegarden kat sini. Masa ni dah sampai kat Harlem. Tengah cari rumah host airbnb kami. Rasa macam jauh dari train station, mungkin sebab penat..

Dalam perjalanan jumpa tasik..pemandangan kat neighbourhood sini memang cantik..

Jumpa park...cantik dan bersih je..rasa sangat tenang dan aman

Kawasan perumahan tempat penginapan kami
Alhamdulillah..akhirnya jumpa juga kami di rumah host airbnb kami. Bilik comel tapi selesa dan bersih. Itu yang penting. Ok sekian sahaja untuk kali ini. OK. Bye.









No comments:

Post a Comment