Monday, 14 September 2015

Kembara Eropah: Day 10 Road trip to Switzerland- From Thun to Lauterbrunnen

18 April 2015 (Saturday)


Macam biasa pagi2 dah bangun. Siap2 nak gerak ke Lauterbrunnen. Sempat la borak2 dengan host kami Yvonne sebelum kami bergerak. Dia cadangkan kalau nak naik jungfrau tengok ramalan cuaca sama ada good weather ke tak. Kalau cuaca mendung dan lain2 baik tak payah naik sebab tak nampak apa2 nanti. Dah la naik jungfrau tu mahal. Dia ada suggest gak ke tempat2 lain yang jadi tourist attraction macam Bern, Grindelward. Rupa2nya Yvonne ni pun active traveller jugak. Menurutnya dia akan travel ke Sri Lanka bulan berikutnya selama berapa bulan tak hingat dah. Ko tengok dorang ni travel satu2 tempat memang lama. Membuatkan aku terpikir apa la profesyen Yvonne ni. 

Destinasi pertama adalah Schadau Park. Dekat je dengan rumah Yvonne. Sayangnya cuaca hari ini agak mendung maka tak berapa nampak la view Alps dari tasik tersebut. 

Dah sampai Schadau park


Gastronomy museum..closed. Kami sampai pagi sangat

Pemandangan tepi Lake Thun


Ada laluan ketapi

Schloss schadau ( Schadau castle)

Mesti syok lepak2 kat sini with beautiful scenary sambil makan goreng pisang panas
Sebab hari mendung. Tak nampak view The Alps
Menuju ke Lauterbrunnen

Gerimis mengundang




Kebetulan ada train lalu

Ada air terjun

Penempatan di lereng bukit..cantik2 la rumah kat sini

Singgah di Grindelwald

Orang sibuk nak main ski


Ramai juga tourist yang datang


Bergerak ke Lauterbrunnen
Dah sampai di Lauterbrunnen


Rumah2 dan hotel2 penginapan di sini

Air terjun lagi




Alhamdulillah..sampai juga kami di Lauterbrunnen yang cantik dan mempesonakan ini. Suhu jangan cakap la..sejuk..Bagi orang yang tak tahan sejuk macam aku ni memang menggigil. Lagipun baju aku tu tak cukup dan berupaya menahan kesejukan orang macam aku ni. Sempat la juga kami buat laundry kat sini. Hehehe. Di sini kami menginap di hostel valley. Bersih dan sesuai la untuk kami berdua. View pun cantik. Tak ke mana2 pun kami petang tu. Jalan2 di kawasan yang berhampiran je. Mula2 keluar saja la pakai selipar..malas nak pakai boot..Ambik kau..sejukkk..lepas tu tukar balik pakai boot. Sempat singgah kedai jual coklat dan cheese. Peramah pula orang kedai tu. Siap suruh kami rasa home made cheese yang mereka claim sangat berkualiti dan berusia bertahun atau berbulan..tak hingat dah...kejung muka aku  menahan ekspresi muka bila makan. Sangat lah cheesy dan luar biasa bagi aku. Ye lah...makan cheese kat malaysia tak de la rasa macam tu..cheese apa la sangat pun..setakat cheese dale tu kan..hehehe..Rasa cheese ni  sangat strong dan tak tahu la nak explain macam mana. Wajah kejungku itu aku cover dengan senyuman dan puji cheese nya yang sangat rasa cheese...huhuhuhu..tak tahu dah nak jawab apa..

Sempat juga singgah kat kedai serbaneka kat station ketapi Lauterbrunnen yang sepelaung je jauhnya dari hostel kami. Sempat beli fridge magnet dan coklat. Balik hostel lepak2 dan tidur. Kami berdoa agar cuaca cerah esok untuk menuju ke jungfraujoch. Till then. OK. Bye.


Kembara Eropah: Day 9 Road trip to Switzerland

17 April 2015 (Friday)

Perjalanan kami ke Zurich hari ini pada pukul 7.36 pagi di Mannheim Hbf. Alhamdulillah, perjalanan ke Mannheim station berjalan lancar. Sempat aku shopping di vending machine kat platform yang di tunggu. Hehehe. Murah kut coklat2 kat vending machine tuh. Coklat Sneaker yang size panjang, bukan size yang normal kat malaysia ni yer. Ada hazelnut, peanut butter dan coklat- macam yang kat malaysia. Lupa plak nak snap gambar. Ritter pun ada. Dah la harga 1 euro jek. Aku kat Eropah ni kalau harga satu euro  anggap macam Rm1 je..heheheh. Sempat juga tengok drama uda dan dara versi Jerman di seberang platform. Kesudahan kisah tak tahu sebab train dah sampai. 

Dalam train untuk trip ke zurich, ada pemeriksaan security daripada pihak berkuasa, polis/immigration, tak ingat dah. Mereka akan tanya bag penumpang yang mana satu dan check pasport. Dah la masa tu aku mamai nak lelap. Tetiba bukak mata nampak mamat mata biru sedang pandang dan  hulur tangan kat aku. Huish...terkejut aku. Keliru pun ada. Nasib aku tak sambut tangan ko..ini penangan drama uda dan dara kat station tadi la ni...heheheh. Tiba di Zurich HB lebih kurang pukul 11 pagi. Dari situ duduk study jap macam mana nak ke airport untuk ambil kereta sewa. Di Swiss kami akan mengembara menggunakan kereta. Kemudian kami ambik train ke Zurich Flughafen untuk ke Zurich Airport. Setelah selesai urusan pengambilan kereta, kami pun memulakan perjalanan kami. Dah la nak keluar airport Zurich pun tak tahu. GPS pulak dalam bahasa Swiss German.  Mereka bagi option Mercedes dan lagi satu kereta tak ingat tapi kami pilih Mazda 3 yang lengkap dengan kemudahan GPS. Maka kami jalan je ikut suka hati kami dan singgah di station minyak untuk minta pertolongan. Staff di sana tidak berapa fasih berbahasa Inggeris tapi mereka sangat helpful. Siap tolong carikan di kalangan customer yang boleh bantu kami. Akhirnya berjumpa jugak dengan one lady ni yang tolong kami set up kan GPS tu. Thank you lady..lupa plak nama dia..

Meneruskan perjalanan ke Thun. Kami akan overnight di Thun

Singgah kat hentian rehat ni. Ingat nak piknik kat bench yang disediakan smbil menikmati pemandangan yang cantik tapi cancel..Suhu sangat sejuk dengan angin lagi...gigilll


Pemandangan yang sangat mempesonakan di sepanjang jalan...The Alps

The Alps lagi...

Jalan agak lengang dan tenang

Dah sampai rumah host kami di Thun

Pemandangan dari balkoni rumah. Kan best kalau dapat tengok view macam ni hari2. Kurang sikit stress akak...
So far perjalanan sangat smooth. Alhamdulillah. Lagipun pengguna jalan raya kat sini cool je. Almaklumlah kat swiss ni drive at the left side, agak keliru la bila drive. Sampai bulatan pun salah masuk tapi memang polite la drivers kat sini. Takde la nak hon2 ke. Driver yang potong queue pun tak jumpa. Punyalah ikut peraturan mereka ni. Kat swiss Dot yang drive. Patutlah Yvonne, host kami di Thun tu kata kat sini kalau drive memang takde masalah. Mereka memang relax and easy je. Cara hidup pun macam tu gak. Mungkin sebab negara mereka ni cantik so drive pun tak stress. Sepanjang jalan ada pemandangan yang cantik semulajadi yang indah untuk dinikmati. Hari2 tengok benda cantik so mereka jadik positif agaknya..heheheh..itu andaian aku la...Maka aku patut bermastautin kat Swiss ni untuk membuktikan hypothesis aku. Boleh reduce stress tak. Ada sapa2 nak sponsor kajian aku ni.? Nak derma ke? Hehehehe..

Lagi satu aku tak jumpa tol pun sepanjang perjalanan tuh. Kalau ikutkan, GPS bawak kami jalan highway. Sampai ke Thun tak jumpa pun tol. Bagus betul kat Swiss ni, dah la cantik jalan tak de tol plak tuh. Tapi setakat negara Eropah yang aku pergi ni, perbelanjaan kat swiss ni agak costly la. Tiket train agak mahal sebab tu kami decide travel guna kereta kat Swiss. Memang jimat la. Kalau berempat satu kereta lagi la jimat. Mahal2 kat Swiss ni pun, memang puas hati kat sini. Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi Swiss ni.

Sampai kat Thun kami lepak kat rumah jer sambil enjoy the view from the balcony. Tak jumpa pun Yvonne malam tu sebab kami dah tidur bila dia sampai rumah. Till then. Ok. Bye.

Wednesday, 9 September 2015

Kembara Eropah: Day 8 Heidelberg


16 April 2015 (Thursday)

Sampai di Heidelberg sekitar pukul 11.00 pagi. Ikut jadual asal sepatutnya awal lagi dari tu pukul 5 atau 6 pagi kut..hehehe..apa pun Alhamdulillah sampai juga kami. Kat Heidelberg achilles tendon ku mula membengkak . Terhencot2 la akak berjalan. Tak ingat dah macam mana boleh bengkak. Kesakitan masih boleh di kawal. Banyak sikit la pit stop.Kami ambil tram untuk sampai ke rumah host kami di Heidelberg. Rehat2 dulu..betulkan urat  kat badan lepas tu kami jalan2 di sekitar Heidelberg. Host kami iaitu Dominic banyak share info pasal Heidelberg. Baik betul..dah la hensem..heheheh...Pendek kata hampir semua host airbnb kami memang best.




Di kawasan sekitar tempat kami tinggal
Jalan2 di sekitar bandar

Dalam perjalanan mencari castle


Old Town

Beli tiket untuk ke Heidelberg Castle. Selain Heidelberg castle boleh pegi transfer station- kat sini ada view cantik jugak dan ke mountain station- view cantik serta ada pameran pasal stesen keretapi tu.  Tak larat nak jalan sebab tinggi. Castle ni kat hillside. Memang tinggi.

Info pasal keretapi

Railway untuk ke Castle dan lain2. Tinggi kan..

Dalam ketapi

Pemandangan dari atas bukit. Boleh nampak old bridge disitu.

Ada cafe dan tempat lepak2

Dekat transfer station. Kat sini kena beli tiket lain untuk ke Konigstuhl (mountain station)

Kat mountain station. Yang paling tinggi



Turun untuk ke Castle

Berhenti kat station ini untuk ke castle

Menuju ke Heidelberg Castle

Kawasan istana

Pemandangan dari istana

Lepak kat taman istana..bersih je

Sebahagian bangunan istana

Kawasan istana




Pemandangan dari Heidelberg Castle










Turun dari istana, kami decide nak jalan2 di Old Town .Dalam perjalanan  nampak Old Bridge. Maka singgah jap.

Menuju ke Old Bridge ( Karl Theodor Bridge)
Atas Old Bridge
Monumen yang ada kat old town
Studentenkarzer- Dominic recommended pegi tempat ni. Menurut Dominic,  tempat ni merupakan student prison bagi pelajar yang melakukan kesalahan minor pada kurun ke 17 sehinggalah awal kurun 19. Sekarang tempat ni dah jadi art exhibition. Banyak wall grafiti dari pelajar2 tersebut. Aku tak masuk pun. Sampai je dah tutup.



Letih berjalan, kami pun balik. Macam biasa, sampai rumah takde aktiviti lain selain berehat. Sempat juga kacau kucing2 Dominic. Ada dua ekor. Tak sempat nak snap. Selain baik hati, hensem..penyayang juga rupanya Dominic ni.....heheheh...Dominic ni tinggal bersama girlfriendnya yang memang cantik. Macam pinang di belah dua. Ok. Cukup pasal Dominic. To be continued...for the next adventure. OK. Bye.