Monday 14 September 2015

Kembara Eropah: Day 10 Road trip to Switzerland- From Thun to Lauterbrunnen

18 April 2015 (Saturday)


Macam biasa pagi2 dah bangun. Siap2 nak gerak ke Lauterbrunnen. Sempat la borak2 dengan host kami Yvonne sebelum kami bergerak. Dia cadangkan kalau nak naik jungfrau tengok ramalan cuaca sama ada good weather ke tak. Kalau cuaca mendung dan lain2 baik tak payah naik sebab tak nampak apa2 nanti. Dah la naik jungfrau tu mahal. Dia ada suggest gak ke tempat2 lain yang jadi tourist attraction macam Bern, Grindelward. Rupa2nya Yvonne ni pun active traveller jugak. Menurutnya dia akan travel ke Sri Lanka bulan berikutnya selama berapa bulan tak hingat dah. Ko tengok dorang ni travel satu2 tempat memang lama. Membuatkan aku terpikir apa la profesyen Yvonne ni. 

Destinasi pertama adalah Schadau Park. Dekat je dengan rumah Yvonne. Sayangnya cuaca hari ini agak mendung maka tak berapa nampak la view Alps dari tasik tersebut. 

Dah sampai Schadau park


Gastronomy museum..closed. Kami sampai pagi sangat

Pemandangan tepi Lake Thun


Ada laluan ketapi

Schloss schadau ( Schadau castle)

Mesti syok lepak2 kat sini with beautiful scenary sambil makan goreng pisang panas
Sebab hari mendung. Tak nampak view The Alps
Menuju ke Lauterbrunnen

Gerimis mengundang




Kebetulan ada train lalu

Ada air terjun

Penempatan di lereng bukit..cantik2 la rumah kat sini

Singgah di Grindelwald

Orang sibuk nak main ski


Ramai juga tourist yang datang


Bergerak ke Lauterbrunnen
Dah sampai di Lauterbrunnen


Rumah2 dan hotel2 penginapan di sini

Air terjun lagi




Alhamdulillah..sampai juga kami di Lauterbrunnen yang cantik dan mempesonakan ini. Suhu jangan cakap la..sejuk..Bagi orang yang tak tahan sejuk macam aku ni memang menggigil. Lagipun baju aku tu tak cukup dan berupaya menahan kesejukan orang macam aku ni. Sempat la juga kami buat laundry kat sini. Hehehe. Di sini kami menginap di hostel valley. Bersih dan sesuai la untuk kami berdua. View pun cantik. Tak ke mana2 pun kami petang tu. Jalan2 di kawasan yang berhampiran je. Mula2 keluar saja la pakai selipar..malas nak pakai boot..Ambik kau..sejukkk..lepas tu tukar balik pakai boot. Sempat singgah kedai jual coklat dan cheese. Peramah pula orang kedai tu. Siap suruh kami rasa home made cheese yang mereka claim sangat berkualiti dan berusia bertahun atau berbulan..tak hingat dah...kejung muka aku  menahan ekspresi muka bila makan. Sangat lah cheesy dan luar biasa bagi aku. Ye lah...makan cheese kat malaysia tak de la rasa macam tu..cheese apa la sangat pun..setakat cheese dale tu kan..hehehe..Rasa cheese ni  sangat strong dan tak tahu la nak explain macam mana. Wajah kejungku itu aku cover dengan senyuman dan puji cheese nya yang sangat rasa cheese...huhuhuhu..tak tahu dah nak jawab apa..

Sempat juga singgah kat kedai serbaneka kat station ketapi Lauterbrunnen yang sepelaung je jauhnya dari hostel kami. Sempat beli fridge magnet dan coklat. Balik hostel lepak2 dan tidur. Kami berdoa agar cuaca cerah esok untuk menuju ke jungfraujoch. Till then. OK. Bye.


No comments:

Post a Comment