Monday 14 September 2015

Kembara Eropah: Day 9 Road trip to Switzerland

17 April 2015 (Friday)

Perjalanan kami ke Zurich hari ini pada pukul 7.36 pagi di Mannheim Hbf. Alhamdulillah, perjalanan ke Mannheim station berjalan lancar. Sempat aku shopping di vending machine kat platform yang di tunggu. Hehehe. Murah kut coklat2 kat vending machine tuh. Coklat Sneaker yang size panjang, bukan size yang normal kat malaysia ni yer. Ada hazelnut, peanut butter dan coklat- macam yang kat malaysia. Lupa plak nak snap gambar. Ritter pun ada. Dah la harga 1 euro jek. Aku kat Eropah ni kalau harga satu euro  anggap macam Rm1 je..heheheh. Sempat juga tengok drama uda dan dara versi Jerman di seberang platform. Kesudahan kisah tak tahu sebab train dah sampai. 

Dalam train untuk trip ke zurich, ada pemeriksaan security daripada pihak berkuasa, polis/immigration, tak ingat dah. Mereka akan tanya bag penumpang yang mana satu dan check pasport. Dah la masa tu aku mamai nak lelap. Tetiba bukak mata nampak mamat mata biru sedang pandang dan  hulur tangan kat aku. Huish...terkejut aku. Keliru pun ada. Nasib aku tak sambut tangan ko..ini penangan drama uda dan dara kat station tadi la ni...heheheh. Tiba di Zurich HB lebih kurang pukul 11 pagi. Dari situ duduk study jap macam mana nak ke airport untuk ambil kereta sewa. Di Swiss kami akan mengembara menggunakan kereta. Kemudian kami ambik train ke Zurich Flughafen untuk ke Zurich Airport. Setelah selesai urusan pengambilan kereta, kami pun memulakan perjalanan kami. Dah la nak keluar airport Zurich pun tak tahu. GPS pulak dalam bahasa Swiss German.  Mereka bagi option Mercedes dan lagi satu kereta tak ingat tapi kami pilih Mazda 3 yang lengkap dengan kemudahan GPS. Maka kami jalan je ikut suka hati kami dan singgah di station minyak untuk minta pertolongan. Staff di sana tidak berapa fasih berbahasa Inggeris tapi mereka sangat helpful. Siap tolong carikan di kalangan customer yang boleh bantu kami. Akhirnya berjumpa jugak dengan one lady ni yang tolong kami set up kan GPS tu. Thank you lady..lupa plak nama dia..

Meneruskan perjalanan ke Thun. Kami akan overnight di Thun

Singgah kat hentian rehat ni. Ingat nak piknik kat bench yang disediakan smbil menikmati pemandangan yang cantik tapi cancel..Suhu sangat sejuk dengan angin lagi...gigilll


Pemandangan yang sangat mempesonakan di sepanjang jalan...The Alps

The Alps lagi...

Jalan agak lengang dan tenang

Dah sampai rumah host kami di Thun

Pemandangan dari balkoni rumah. Kan best kalau dapat tengok view macam ni hari2. Kurang sikit stress akak...
So far perjalanan sangat smooth. Alhamdulillah. Lagipun pengguna jalan raya kat sini cool je. Almaklumlah kat swiss ni drive at the left side, agak keliru la bila drive. Sampai bulatan pun salah masuk tapi memang polite la drivers kat sini. Takde la nak hon2 ke. Driver yang potong queue pun tak jumpa. Punyalah ikut peraturan mereka ni. Kat swiss Dot yang drive. Patutlah Yvonne, host kami di Thun tu kata kat sini kalau drive memang takde masalah. Mereka memang relax and easy je. Cara hidup pun macam tu gak. Mungkin sebab negara mereka ni cantik so drive pun tak stress. Sepanjang jalan ada pemandangan yang cantik semulajadi yang indah untuk dinikmati. Hari2 tengok benda cantik so mereka jadik positif agaknya..heheheh..itu andaian aku la...Maka aku patut bermastautin kat Swiss ni untuk membuktikan hypothesis aku. Boleh reduce stress tak. Ada sapa2 nak sponsor kajian aku ni.? Nak derma ke? Hehehehe..

Lagi satu aku tak jumpa tol pun sepanjang perjalanan tuh. Kalau ikutkan, GPS bawak kami jalan highway. Sampai ke Thun tak jumpa pun tol. Bagus betul kat Swiss ni, dah la cantik jalan tak de tol plak tuh. Tapi setakat negara Eropah yang aku pergi ni, perbelanjaan kat swiss ni agak costly la. Tiket train agak mahal sebab tu kami decide travel guna kereta kat Swiss. Memang jimat la. Kalau berempat satu kereta lagi la jimat. Mahal2 kat Swiss ni pun, memang puas hati kat sini. Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi Swiss ni.

Sampai kat Thun kami lepak kat rumah jer sambil enjoy the view from the balcony. Tak jumpa pun Yvonne malam tu sebab kami dah tidur bila dia sampai rumah. Till then. Ok. Bye.

4 comments:

  1. slm sis...nk tny....akak time ni amek kereta sewa guna agent apa. europcar ke.... and then. akak prebook ke ape...then cmne nk amek kereta sewa yg dh ditempah kt zurich airport tu...coz sy akn ke sana jgk next year....nk buat skit study n prsediaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul..Time kat zurich kami guna Enterprise untuk kereta sewa. Memang prebook before pergi sana. Nurul boleh compare rate kereta sewa guna auto europe atau expedia punya website. Memang banyak pilihan untuk rental car company spt europcar, sixt, avis, hertz, enterprise dll. Boleh compare dengan their own website juga..boleh tgk mn yg murah. Kami ambil kereta kat Zurich airport sebab mereka mmg ada office dlm airport tersebut. Kat tempat tu mmg ada mcm2 office company rental car. Just bw salinan tempahan dan dokumen yang diperlukan ke office tersebut dan mereka akan uruskan semuanya. Kereta mmg dah ada kat airport tersebut..

      Delete
  2. Salam :) tumpang tanya. Kalau memandu kat swiss tu mcm mana ye? Boleh guna lesen malaysia ? Plan nak pergi swiss bulan 9 ni. Terima kasih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yaya...
      Last time kat swiss my friend buat translated license jer kat jpj sini in case dorang perlukan dokumen tersebut but masa nak ambil kereta kat swiss dorang tak minta pun. Boleh check dgn car service provider kat swiss apa requirement dan dokumen yang diperlukan masa book rental car nanti...

      Delete