Thursday, 17 September 2015

Kembara Eropah : Day 13 Travel to Italy- Venice & Florence

21 April 2015 (Tuesday)

Train ke Venice bertolak pada pukul 7.35 pagi. Kami sampai di Venezia Mestre around 10.00am. Sampai station macam biasa simpan bag. Sebenarnya station yang dekat dengan grand canal tu ialah Venezia Santa Lucia station. So kena beli tiket train untuk ke sana. Dekat je 10 minit sampai dah.

Venice

Venezia Santa Lucia station di hadapan





Gondola Ride- Tengok je tak naik pun


Bangunan dan kedai2 di Venice






Tak sure bangunan apa-nampak macam church

Jumpa kedai Pizza Halal kat Venice maka haruslah singgah makan. Sedappp...


Petang tu jugak kami gerak ke Florence. Train kami ke Florence pada pukul 1.37 petang di Venezia Mestre. Sampai di Florence dalam pukul 3.30 petang. Kami akan bermalam di Florence. Sebelum ke rumah host kami bersiar siar di bandar Florence. Sebenarnya Florence ni terkenal dengan great artistic tresures dan historic centre kat Itali ni tapi tu la kami tak pi pun visit tempat2 bersejarah atau muzium2 kat sana. Tak pegi pun tengok David. Bukan David Beckham ye kawan2 tapi sculpture by Michelangelo tu. Kalau nak tengok glorious David itu, boleh visit galleria academia.

 Duomo (Cathedral church)

Banyak jugak kedai2 cenderamata di sekitar bangunan Duomo

Ramai orang beratur nak masuk Duomo


Ramai orang lepak2 sekitar Duomo ni

Kereta kuda pun ada kalau nak bersiar siar di bandar Florence

Deretan kedai2




Penat dah jalan2 kami decide nak ke rumah host kami Andre . Nak ke sana kena ambik tram. Mula2 payah jugak nak cari rumah Andre ni, nak tanya orang2 kat situ pun ramai yang tak boleh cakap English tapi Alhamdulillah jumpa sorang pakcik ni. Jumpa jugak rumah Andre dengan bantuan direction dari pakcik tu tadi. Tapi Andre dan wife takde rumah. Tercongok la kami tunggu kat depan bangunan rumah tu sambil memerhati ragam manusia di Florence. Ada la dalam sejam jugak kami tunggu, Andre dan wife sampai. Bengang jugak kami sebab mereka lambat inform kat aku yang depa ni lambat.  Kalau aku tahu memang  lepak lagi kat town. Lagi satu mereka tak bagi details direction macam mana nak ke rumah mereka dari tram station berdekatan. Bila sampai tu, baru mereka tunjuk jalan dari rumah nak ke station tram. Dekat je sebenarnya. Jalan yang aku guna sebelum ni memang jauh banyak dari jalan yang dah ditunjukkan. Selain daripada hal2 diatas, semua ok. Bilik pun bersih dan kemas. Andre n wife pun sebenarnya baik n helpful. Rutin malam2 kami di Eropah, lepak kat dalam bilik saja. See you next time. OK. Bye.


Wednesday, 16 September 2015

Kembara Eropah: Day 12 Travel to Italy- Milan

20 April 2015 (Monday)

Seperti biasa, sesudah subuh kami dah keluar. Kali ni kami akan ke Italy. Destinasi pertama kami adalah Milan. Good Bye Swiss. Rasa tak nak balik pun ada, macam nak menetap je kat Swiss ni.  Train kami akan bergerak dari Zurich HB pada pukul 7.32 pagi. Untuk perjalanan ke Italy kami naik Trenitalia. Lebih kurang pukul 11.35 pagi kami sampai di Milan. Station ni ramai jugak. Seperti biasa kami cari locker untuk simpan barang. Tanya kat staff polis yang kebetulan lau depan aku. Ambik ko cakap itali dengan aku. Tapi boleh paham la bila dia tunjuk2 arah. Di bandar2 yang kami pergi di Italy, station train mereka tidak menggunakan style locker. Kat sini jenis perkhidmatan simpan barang. So agak mahal sebab kira per bag dan hari.  Dah la nak pi simpan bag kena beratur panjang. Ramai pula orang hari tu. Sempat juga menyaksikan telenovela uda dan uda di depan mata. Takder heroin dalam telenovela ni. 2 guys ni  beratur depan kami. Aku tahu la mereka ni dilamun cinta tapi agak2 la..public kut. Extreme PDA mereka ni. Siap ada unsur2 ganas. Scary betul la. 

Lepas simpan bag, kami berjalan2 di sekitar Milan. Kami jalan2 tu tak jumpa plak designer shop macam kat Paris tu, tapi kami jumpa Bata weh. Ingat ada kat Malaysia jer..heheheh..

  
Duomo

Area sekitar Duomo


Ramai jugak orang lepak2

Singgah masuk Bata jap


Lepak2 sekitar bandar, sempat juga singgah makan kebab kat satu restoren halal ni. Lepas tu kami decide nak terus pergi rumah host kami. Host kami Piera sangatlah baik dan ramah. Di Milan,  kami dapat whole apartment untuk penginapan. Host kami tinggal di apartment yang berlainan. Bilik pun cantik dan bersih.Rehat2 jap, kami turun pi supermarket. Dekat je sebelah bangunan apartment. Hari cerah lagi tapi malas nak jalan2. So kami duduk kat bilik sahaja. Itu sahaja untuk aktiviti di Milan. Ok. Bye.

Tuesday, 15 September 2015

Kembara Eropah: Day 11 Road trip to Switzerland- Top of Europe Jungfraujoch

19 April 2015 (Sunday)

Alhamdulillah..sinar matahari mula menyinari di puncak jungfrau. Maka kami tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi top of europe itu dengan menaiki keretapi. Daripada station Lauterbrunnen kami akan transit di station Kleine Scheidegg untuk ke Jungfraujoch. Perjalanan ke Jungfrau dari Kline Scheidegg akan melalui 2 intermediate station iaitu Eismeer dan Eigerwand dimana tourist dapat menikmati view yang sangat cantik di sini. Setiap station tersebut keretapi akan berhenti lebih kurang 10 minit.


Cahaya mentari menyinari gunung. Moh kita ke Jungfraujoch

Tunggu train di Kleine Scheidegg

Salji yang menyelimuti gunung

Indahnya Ciptaan Allah



Suhu mencecah -8.1 C. Memang sejuk sampai gigil2
Singgah di kedai coklat - Lindt

Add caption

Wah dapat tengok salji turun

Complimentary dari Jangfraubahn


Bersiar2 kat Kleini Scheidegg pulak


Ramai orang main ski kat sini

Macam best jek main ski tapi agak ragu2 kemampuan diri terutama aktiviti yang memerlukan keseimbangan badan...memang failll


Orang yang bersiar2 di kawasan pergunungan. Tahan sejuk deme nih

Boleh naik ni kalau nak main ski di port yang di gemari

On the way turun ke Lauterbrunnen

Rumah semua cantik2



Salah satu station yang dilalui untuk perjalanan turun ke Lauterbrunnen

Banyak betul jumpa air terjun





Sampai je station Lauterbrunnen kami terus balik hostel untuk check out. Kami meneruskan perjalanan balik ke Zurich sebab nak hantar kereta ke airport.


Masa ni dah gerak untuk kembali ke Zurich. Berhenti kejap sebab nak betulkan GPS
On the way back to zurich

Singgah kat Iseltwald. Cantik view kat sini



Bayangkan salah satu ni adalah rumah korang..
 
Teruskan perjalanan lagi..Alang2 lalu Thun kami singgah kat Schadau Park ambil gambar. Hari tuh cuaca mendung.

Singgah balik kat Schadau Park. Hari tuh tak nampak view Alps..Haa..kan nampak tu..





Sampai Zurich tepat2 pukul 5. Lepas serahkan kereta kami gerak semula ke Zurich HB untuk ke rumah host kami di Langwies. Lepas simpan bag kat locker, kami bersiar2 di bandar Zurich. Aku rasa tenang jer bandar ni. Tak la sesak macam KL.


Sampai Zurich. Jalan2 sekitar bandar


Balik semula ke train station untuk Langwies

Untuk Langwies, kami perlu stop di satu station ni dan kemudian kena ambik tram yang terletak di luar bangunan station tersebut.

Langwies- kami stay di area ni
Host kami 2 beradik perempuan Vera dan Janine yang cantik. Mereka ni pun aktif mengembara. Pernah backpack ke Malaysia berbulan lamanya. Mereka ni musician dan ada indie folk band yang sendiri dikenali sebagai Josh. Rumah mereka cantik dan bersih. Cuma agak jauh dari Zurich lebih kurang 20 minit jugak tapi dekat la dengan tram station Langwies. Malam macam biasa rehat2 jer dalam bilik. Kita sambung di destinasi seterusnya Itali. OK. Bye.