Wednesday 16 September 2015

Kembara Eropah: Day 12 Travel to Italy- Milan

20 April 2015 (Monday)

Seperti biasa, sesudah subuh kami dah keluar. Kali ni kami akan ke Italy. Destinasi pertama kami adalah Milan. Good Bye Swiss. Rasa tak nak balik pun ada, macam nak menetap je kat Swiss ni.  Train kami akan bergerak dari Zurich HB pada pukul 7.32 pagi. Untuk perjalanan ke Italy kami naik Trenitalia. Lebih kurang pukul 11.35 pagi kami sampai di Milan. Station ni ramai jugak. Seperti biasa kami cari locker untuk simpan barang. Tanya kat staff polis yang kebetulan lau depan aku. Ambik ko cakap itali dengan aku. Tapi boleh paham la bila dia tunjuk2 arah. Di bandar2 yang kami pergi di Italy, station train mereka tidak menggunakan style locker. Kat sini jenis perkhidmatan simpan barang. So agak mahal sebab kira per bag dan hari.  Dah la nak pi simpan bag kena beratur panjang. Ramai pula orang hari tu. Sempat juga menyaksikan telenovela uda dan uda di depan mata. Takder heroin dalam telenovela ni. 2 guys ni  beratur depan kami. Aku tahu la mereka ni dilamun cinta tapi agak2 la..public kut. Extreme PDA mereka ni. Siap ada unsur2 ganas. Scary betul la. 

Lepas simpan bag, kami berjalan2 di sekitar Milan. Kami jalan2 tu tak jumpa plak designer shop macam kat Paris tu, tapi kami jumpa Bata weh. Ingat ada kat Malaysia jer..heheheh..

  
Duomo

Area sekitar Duomo


Ramai jugak orang lepak2

Singgah masuk Bata jap


Lepak2 sekitar bandar, sempat juga singgah makan kebab kat satu restoren halal ni. Lepas tu kami decide nak terus pergi rumah host kami. Host kami Piera sangatlah baik dan ramah. Di Milan,  kami dapat whole apartment untuk penginapan. Host kami tinggal di apartment yang berlainan. Bilik pun cantik dan bersih.Rehat2 jap, kami turun pi supermarket. Dekat je sebelah bangunan apartment. Hari cerah lagi tapi malas nak jalan2. So kami duduk kat bilik sahaja. Itu sahaja untuk aktiviti di Milan. Ok. Bye.

No comments:

Post a Comment