Tuesday 27 October 2015

Kembara Eropah: Day 18 Travel to Greece- Santorini

26 April 2015 (Monday)

Seawal pukul 4.30 pagi pakcik taxi dah tunggu depan apartment kami. Flight kami ke Santorini pagi tu akan berlepas pada 7.00 pagi menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Ryanair. Lebih kurang pukul 5 pagi kami dah sampai airport Athens. Kadar taxi untuk ke airport adalah 50 euro. Seperti biasa kami akan menyimpan bag kami di airport dan membawa barang2 yang diperlukan sahaja ke Santorini. Sempat kami berkenalan dengan seorang rakyat singapura yang sedang belajar di London ketika boarding.  Alhamdulillah penerbangan berjalan lancar dan kami sampai di Santorini airport lebih kurang pukul 8 pagi. Airport Santorini ni kecik je terletak di tepi laut. Cantik sangat. Sebenarnya aku pun tak sabar2 nak explore Santorini. Kami akan tinggal di Pension Livadaros  yang terletak di area karterados dan host kami Maria akan mengambil kami di Airport pada pagi ini. Tapi tunggu punya tunggu tak nampak kelibat Maria ni. Bila call tak angkat2, text pun tak berjawab. Lebih kurang 1 jam kami tunggu, kami decide nak pegi sendiri ke tempat tersebut dengan menaiki taxi. Rupa2nya sangatlah dekat tempat penginapan kami tu dengan airport. Lebih kurang 10 minit dah sampai. 
 
Bila dah sampai tercongok la kami kat depan villa tersebut. Nak masuk pintu berkunci. Jenguk2 tak jumpa pun kelibat orang. Tiba2 keluar seorang lady yang merupakan salah seorang guest di tempat tersebut. Kebetulan dia pun nak jumpa host. So kami ikut la dia. Rupa2nya rumah host tuh kat belakang villa tu jer. So kami berurusan dengan Anna adik kepada Maria. Dah dapat bilik kami lepak2 jap. Tak lama tu Maria datang jumpa kami minta maaf sebab dia overslept dan lupa kerana rupa2nya dia melangsungkan perkahwinan pada malam sebelumnya.  Tak jadi la aku nak sentap malah siap mengucapkan tahniah kepada Maria. Sebagai tanda minta maaf, Maria akan menghantar kami ke airport secara percuma. Hehehehe.  Kemudian kami bersiap2 untuk ke destinasi pertama kami iaitu melihat sunset di Oia. Tujuan utama kami singgah Santorini ni pun nak pergi ke Oia. Untuk ke Oia kami perlu ambil bas di Pekan Fira. Nak ke Fira ni boleh je jalan kaki dari tempat penginapan kami tapi kami buat keputusan nak naik bas. Style bas kat sini macam bas yang aku naik zaman sekolah dulu. Siap ada konduktor bas, tiket pun macam dulu2 kala. Harga tiket bergantung kepada tempat yang di tuju. Jom layan gambar2 di Oia yang sangatlah cantik tak jemu mata memandang....


Tiket bas di Santorini. Harga dari 1.60-2.20 Euro mengikut destinasi

Pemandangan semasa perjalanan ke Oia



Semasa tiba di Oia, kami sempat berkenalan dengan Betty and friend dari Malaysia. Maka kami pun berpakat untuk explore Santorini ni bersama-sama. Seronok sangat dengar cerita travel Betty and friend ni. Banyak tempat yang mereka dah pergi. Mereka dah sampai ke iceland dan sweden  melihat aurora borealis yang merupakan destinasi impian aku. Lagi la teruja bila dengar cerita mereka ni.

Antara kedai2 yang terdapat di Oia

Perkampungan Oia yang terletak di puncak bukit. Sangat cantikk...antara salah satu tempat tarikan pelancomg terutama nak tengok sunrise atau sunset

Laut yang membiru...













Singgah minum di salah satu cafe di sana. Kek yang Dot beli tuh tersangatlah manis


Boleh lepak2 atau makan2 sambil melihat keindahan alam semulajadi

Di sini keldai  merupakan salah satu sistem pengangkutan di Santorini

Pelancong mula membanjiri di Oia semasa waktu mendekati senja. Masing2 ingin melihat sunset di Oia. Kami tak tunggu pun nak tengok sunset. Kami decide nak terus balik. So kami berjanji dengan Betty dan rakan untuk berjumpa di Fira keesokan harinya untuk destinasi yang seterusnya. Kami hanya berjalan kaki balik ke bilik memandangkan takde la jauh sangat. Definisi dekat dan jauh tuh berbeza mengikut time zone. Tak boleh di aplikasikan bila dah sampai Malaysia. Hahahah. Cuaca pun best..sejuk jer walaupun panas mentari tu ada.
Kami try la jugak cari2 kedai makanan halal takpun vegetarian jer tapi memang nan hado. Susah betul nak cari makanan halal kat Greece ni. Membuatkan aku terfikir nak bukak restoren kat Greece. Hihihihi. Balik tuh kami hanya makan maggi dan roti. Puas hati sangat dapat pergi Oia. Kalau korang pergi Santorini singgahlah di Oia. Memang berbaloi. Aku teringin nak pergi Santorini ni masa tengok cerita The sisterhood of travelling pants. Lama dah cerita tu. Alhamdulillah jadi kenyataan. Sekian sahaja aktiviti kami pada hari pertama di Santorini.Nantikan episod seterusnya di Santorini. Ok. Bye.










No comments:

Post a Comment