Wednesday 28 October 2015

Kembara Eropah: Day 19 Travel to Greece- Santorini

27 April 2015 (Tuesday)

Pagi2 lagi kami dah menapak ke Fira untuk berjumpa dengan gang baru kami. Betty and friend tinggal di Fira. Tempat pertama yang kami tuju adalah Pyrgos. Menurut Anna yang recommended kami pergi di sini, Pyrgos ni salah satu perkampungan di Santorini yang mempunyai panoramic view yang cantik memandangkan ia terletak di highest point of Santorini. Kiranya, kalau pi kat puncak Pyrgos ni boleh nampak seluruh  Santorini. Pyrgos ni pun terkenal dengan penghasilan wine dan vineyard. Kitaorang explore sikit2 jer. Naik tangga pastuh turun. Mari layan gambar di sekitar perkampungan Pyrgos.

Oppsss...sila beri laluan....

Bangunan2 dan rumah di Pyrgos


Ada tanam anggur lagi..malangnya belum berbuah..bukan musim anggur lagi

Cantikkan rumah mereka ni...comel jer

Cafe yang cantik jugak

Ladang anggur


Di sekitar perkampungan Pyrgos



Hahahah...Jom scandal....

Destinasi seterusnya adalah Perissa beach yang merupakan black sand beach. Walaupun masa tu terik panas mentari tapi bagi aku sejuk. Siap pakai sweater dan boot lagi. Ko buat macam tuh kat pantai di Malaysia, tak pasal2 kena heat stroke. Yang lain relaks jer aku tengok. Mesti org kat sini pelik jer tengok..orang negara manalah yang pelik sangat tuh...huhuhuhu. I is cannot la sejuk2 nih. Bagi aku pantainya biasa jer tapi pemuliharaan tip top. Bersih jer. Sayang jer pantai2 kat Malaysia. Memang jauh lagi cantik tapi sayangnya tak dipelihara.













Sempat beli strawberry masa tunggu bas nak ke destinasi seterusnya. Murah jer..satu paket 3 euro, 2 paket 5 euro. Beli satu paket..sedap dan manis. dah la besar2 strawberry kat sini. Maka lunch untuk hari tersebut adalah strawberry. Sempat juga berkenalan dengan family dari Singapore yang melancong di Greece.

Destinasi seterusnya adalah Kamari beach. Pemandangan sekitar dalam perjalanan ke Kamari beach.





Dah sampai Kamari beach. Lebih kurang jer dengan perissa tadi


Deretan kedai yang ada.

Kat area beach ni memang takder toilet atau tempat persalinan baju pun. Pandai2 sendiri la kalau korang nak mandi manda...




Lepas pergi Kamari Beach, kami decide nak lepak  Fira jer. So kami pun berpisah dengan Betty and friend sebab mereka nak jalan2 tempat yang lain.

View dari bandar Fira
   
Jalan2 sikit lepas tuh kami pun berjalan balik. Seperti biasa sempat singgah supermarket berdekatan area tempat penginapan. Saja tengok2 harga barang. Heheheh..Macam KPDNKK plak asek pi check harga barang kat supermarket. Tapi itu adalah salah satu aktiviti kami semasa di Eropah. Sempat jugak la beli biskut. Balik bilik makan maggi kat beranda sambil menikmati keindahan alam. Sempat gak kami berkenalan pasangan dari Germany yang kebetulan baru check in kat sebelah bilik kami tu. Borak2 la sikit dengan mereka memandangkan kitaorang pun baru jer pergi German, ada la benda nak borak kannn...chewahhh..poyo jap....Dah kenyang pergi lepak kat pool plak. Takde orang pun mandi manda sebab sejuk la walaupun tengah musin bunga. Airbnb kami ni dekat jugak dengan laut. View memang cantik.

View dari depan villa


Pool...cantikkannn....


Boleh la lepak2 kat sini waktu pagi or petang sambil tengok sunrise or sunset
Maka dengan ini berakhirlah sudah aktiviti kami di Santorini sekaligus menutup tirai Kembara Eropah 2015. Esok pagi2 kami akan fly ke Athens seterusnya pulang semula ke Malaysia. Sungguh tak sangka cepat sahaja masa berlalu. InsyaAllah, kalau ada rezeki boleh repeat lagi kembara eropah ke tempat yang lain yang tk pergi lagi. Sekian sahaja. OK. Bye.

No comments:

Post a Comment