Wednesday 19 August 2015

Kembara Eropah: Day 1- London

9 April 2015 (Thursday)
Hari yang dinanti telah tiba. Flight dijadualkan berlepas pukul 3.25 pagi tapi delay lebih kurang 1 jam disebabkan terdapat penumpang mempunyai masalah kesihatan during taxiing. Dari Kl ke Abu Dhabi lebih kurang 7 jam menaiki Etihad Airways EY413 di mana kami akan transit di sini untuk ke London. Semasa nak landing di Abu Dhabi  pun delay jugak sebab pesawat tidak di beri clearance lagi untuk mendarat. Berlegar-legar la pesawat kami di ruang udara Abu Dhabi lebih jugak dari 30 minit. Akibatnya berlari larian la kami untuk catch  the next flight to London. Memang last call pun time kami sampai tu. Memang termengah mengah sampai dalam perut kapal terbang. Aku rasa petugas sana pun dah maklum flight kami delay sebab masa nak on board tu mereka tanya flight kami dari KL ke? Untuk ke London kami menaiki pesawat Etihad Airways EY19 yang mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai. So far aku berpuas hati dengan service yang diberikan. Makan memang best tapi tak sure la korang macam mana sebab mana2 aku pergi naik kapal terbang memang aku selera makan, semua aku rasa sedap. Ternyata makan di awan biru ni berjaya membangkitkan selera aku. Pasal seat pulak, standard la duk kelas economy ni. Mana2 flight yang aku pernah naik pun lebih kurang sama je,  aku ok je tak menjadi masalah bagi aku sebab sedar diri hanya mampu duk kelas ekonomi je..heheheh...Kami sampai di Heathrow London lebih kurang pukul 2 petang local time. 

Kat bawah ni masa aku baru sampai Heathrow, tengah tunggu bas nak pi central london. Heathrow airport ni terletak kat west side dari central London. Dari airport ke central london, kami naik bas (National Express). Kagum aku naik bas kat sini, siap ada taklimat keselamatan lagi oleh pemandu bas ataupun bantuan audio. Lagi satu pemandu bas kat sini sangat komited dan very helpful. Sebelum naik bas dorang akan tunggu diluar  pintu bas, check tiket dan tolong masukkan beg kat dalam compartment luggage yang kat luar tu. Kagum aku dgn profesionalisme dorang itu. Cuaca pun best tapi bagi aku sejuk la. Aku kan memang tak tahan sejuk ni. Kalau orang yang suka duk dalam air con ni memang best la bagi mereka...Memang tak berpeluh. Walaupun  mentari memancarkan cahayanya  tapi cuaca tetap sejuk.

 Ye kawan2 ko tengok bag aku masa aku mula2 sampai ye. 1 backpack dan 1 sling bag. Korang tunggu je la nanti apa jadi. Oh ya, aku tak pakai pun backpack yang aku beli masa mula2 plan nak pi europe ni. Bag aku tu tak sempat jelajah eropah. Sampai Nilai je..sob sob...aku tukar bag kat umah adik aku sebab dia yang hantar aku ke KLIA. Konon nak satukan semua barang dalam satu bag, itu yang tukar. Bag asal padat sangat sampai aku kena bawak extra tote bag. Tapi aku tak sedar tindakan aku itu rupanya kurang bijak.



Backpack asal yang tak jadi pakai
Tengah tunggu bas ke central London. Mula2 sampai Heathrow dgn satu sling bag dan satu backpack je

Kat National express coach. Tengah tunggu bas ke Victoria Coach Station

Keadaan trafik di London

Total perjalanan dari Heathrow ke central london (kami turun kat Victoria Coach Station) dalam sejam lebih. Untuk bas ke Birmingham, terminal tersebut terletak opposite daripada terminal kami turun bas. Time tu dah start rasa sakit badan bawak backpack. Rasa macam berat sangat tapi ku gagahi juga. Mujur la tak jauh sangat. Terdapat tempat untuk drop luggage so simpan bag kat sana dan kami pun jalan2 sekitar bandar London. Pukul 10 malam kami akan ke Birmingham dengan menaiki bas di station yang sama. Jalan2 kat London ni kami hanya berpandukan signage dan info yang terdapat di sekitar bandar dan juga gerak hati kami....hehehe....Alhamdulillah..Walaupun first time sampai kami berjaya juga jumpa monumen dan tempat attraction utama di sini. Syabas diucapkan kepada kami dan juga bandar London yang memudahkan kami dengan kemudahan yang memang tip top untuk tourist macam kami ini. Aku memang benar2 tertarik dengan bandar London ini. Bersih, bangunan pun cantik and the peoples also very helpful.


The Westminster Abbey


The famous London's red double decker bus. Kena beli oyster card nak naik, tak boleh bayar cash. Bagus kalau nak travel around the city. Kami tak naik pun bas ni, jalan kaki je sebab masa limited, macam rugi nak beli travel card  tak sempat pun nak jalan2.


Big Ben

Antara bangunan2 di London


London Eye. Tak pergi pun, tengok dan ambil gambar je.

Trafalgar square. Actually cari jalan ke Harrods tapi entah mana2 kami jalan, last2 sampai kat sini

London di waktu senja. Cantik sangat.

Kami menghadapi masalah untuk jalan balik ke station. Macam2 tempat lalu. Ada lalu bar, jalan belakang2 lorong, dah la 2 orang je perempuan..kalau orang tengok nampak macam 2 orang perempuan ambik angin sambil jalan2 padahal duk berpusing pusing cari jalan. Macam2 la jumpa, Church yang besar, taman yang cantik, bar, branded shop last2 kami cari ke jalan besar. Ingat nak naik bas, tanya orang baru tahu bas tu kena guna oyster card. Jalan lagi. Jumpa underground terus naik tube. Rupa2nya satu station jek dari tempat kami naik. Letih toksah cerita la tapi apa2 pun memang enjoy. Tepat pukul 10 malam kami selamat naik bas dan ke Birmingham la kita pula. Harap enjoy gambar2 tersebut. Kebanyakan gambar share dengan Dot so kalau ada yang tersama tu harap maklum la ye. Actually masa kami di London sikit sangat. So tak banyak tempat pun explore. Deretan kedai2 yang menarik perhatian aku pun tak sempat nak singgah. Yang semput pun masuk Harrods. Mujur la duit pound yang tinggal cukup2 untuk beli sebiji bag sebagai souvenir untuk diri sendiri di mana bag tersebut banyak berjasa kat aku masa aku travel europe ni...heheheh..InsyaAllah aku nak repeat lagi pergi London ni. Tak sempat nak explore dan enjoy the city. Mungkin next trip kita buat jelajah UK jer. So mari kita menabung start dari sekarang...Jumpa lagi untuk next episod untuk kembara Eropah. OK. Bye.

















2 comments:

  1. hi nak tanya.. national express bus nak gi loughborough. masa naik bas dari terminal ke victoria tu just tunjuk tiket kite kan'? no hidden cost kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mila,
      Yup..just tunjuk tiket bas..last time, bus driver akan check tiket penumpang before naik bas tersebut...

      Delete