Saturday 15 August 2015

Kembara Eropah : Preface

Kali ini aku akan cerita pasal kembara aku ke bumi Eropah pada bulan April yang lepas. Kembara Eropah kali ni memang projek major aku dan kawan sekembara aku Dot. Boleh baca blog dia disini: cikomomo.blogspot.com. Banyak kisah2 kembara aku dan dia yang  dah arkibkan dalam blog dia. Aku dan Dot punya minat yang sama iaitu travel. Kami memang suka pergi travel cuma keadaan poket je yang tak mengizinkan kami. Kalau kami billionaire mungkin kami akan jadikan travel tu sebagai kerjaya kami. Nampak tak betapa seriusnya kami dengan travel ni..hahahah...Mula idea nak backpack ke Eropah ni dah lama. Dari tahun 2013 lagi. Kami bermula dengan angan2. Sebagai permulaan, nak bagi bakar semangat sket kami start beli backpack pada bulan Februari 2014. Jadi tak jadi travel belakang cerita yang penting kami beli. Selepas dari saat beli bag tu kami dah start buat itinerary tempat2 yang kami angan2 nak pergi. Masa buat tu pun ada tempat yang dalam angan2 yang kena slash..heheheh..Lama jugak kitaorang nak come out dengan final itinerary tu. Angan2 kami untuk ke eropah mula menampakkan harapan yang positif bermula dari Matta fair 2014 pada bulan september. Kami memang saja2 nak survey kat Matta fair tu. Almaklumlah first time pergi. Mana tau ada pakej travel mampu beli kan. Kami aim sebenarnya nak tgk pakej panjat gunung kinabalu. Korang tengok bercita2 tinggi tak kami ni. Nak panjat gunung kinabalu hokeyyyy. Jumpa pakej gunung kinabalu yang ok tapi kami tak terus book. Jalan2 dulu kat tempat lain, tengok pakej2 yang menarik.  Sampai kat hall yang banyak travel agency tu, kami saja2 singgah dan tanya tiket pegi london. Harga yang diberikan oleh travel agency tersebut membuatkan kami jaw dropping lantas kami segera meeting tergempar kat sudut hall itu. Setelah bermesyuarat kami dengan penuh rasa berkobar kobar segera ke booth tersebut dan book tiket kami. Tiket memang sangat murah iaitu RM2370 termasuk insurans bagi perjalanan pergi K.L- London pada 9 April 2015 dan balik Athens- K.L pada 29 April 2015 dengan Etihad airways. Selain dari tiket ke europe, kami jugak sempat rembat pakej naik cruise ke Phuket dan Krabi. Korang boleh nampak tak betapa efisyen nya kami kalau bab2 travel dan bercuti ni.

Bagi Kembara Eropah kali ini kami akan menjelajah 8 buah negara  merangkumi bandar2 yang terkenal bermula London- Birmingham (England)-Paris (France)- Brussel (Belgium)- Amsterdam (Netherland)- Heidelberg (Germany)- Thun-Lauterbrunnen-Zurich (Switzerland)- Milan- Venice- Florence-Pisa-Rome (Itali)- Athens- Santorini (Greece). Berbekalkan tiket tersebut, maka bermulalah preparation untuk kembara Eropah kami. Bulan oktober kami dah start beli barang2 yang perlu di bawa sedikit demi sedikit ke sana macam baju, inner, stokin, boot dan lain2. Penginapan dan pengangkutan pun dah start book dan bayar mengikut  bulan2 tertentu so takde la rasa sangat duit tuh mengalir. Hehehe. Konsepnya gaji bulan2 tersebut dah secure untuk spend bagi euro trip kami ni. Secara tak langsung membuatkan aku berjimat time gaji untuk bulan2 tersebut. Penginapan kami book melalui www.airbnb.com.  Memang jimat banyak. Bagi pengangkutan ke negara2 eropah pula kami banyak menggunakan train seperti Eurostar, Thalys dan DB Bahn dan kami telah book 3 bulan sebelum tarikh berlepas untuk dapatkan harga yang super economy. Maka kami dah jimat banyak di situ. Nanti aku akan share itinerary serta kos keseluruhan bagi kembara Eropah kali ini. Panjang pulak mukadimah aku utk euro trip ni. Kita sambung di episod akan datang iaitu London. Ok. Bye.


3 comments:

  1. akhirnye..hahaha..wujud jugak blog ko nih..
    kipidap!!!
    tetiba aku plak semangat nak sambung entry aku...hahaha

    ReplyDelete
  2. Hahaha..Finally...setelah sekian lama kannn...semoga aku istiqamah hendaknya update blog ini..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    boleh tak emailkan iternary dan tempat penginapan ke email saya faridah64oct@gmail
    cadang nak pergi tahun depan sendiri

    ReplyDelete