Monday 21 September 2015

Kembara Eropah : Day 15 Travel to Italy- Rome

23 April 2015 (Thursday)

Hari ni plan memang nak jalan2 sekitar Rome. Sebelum keluar sempat Emanuella bagi info dan direction untuk visit Rome. First tempat yang kami tuju ialah Collosseum. Tiket masuk dah beli online masa kat Malaysia. Kat sini harga tiket Metro 1.5 Euro untuk satu perjalanan ke mana2 station. Time kami keluar ni pun Metro penuh dengan orang...Untuk ke Colosseum boleh turun di station Colosseo. Memandangkan station Colosseo adalah Metro line B (biru) manakala Numidio Quadrato station Metro line A (merah) maka kami turun di station Manzoni. Malas nak tukar2 train. Lagipun memang nak jalan2 tengok suasana Rome.Kami jalan dalam 10-15 minit juga nak sampai Colosseum dari station tersebut. Mungkin lebih dekat tapi almaklum je la, first time sampai, keliru mana jalan yang nak dituju. Masa kami sampai pun orang dah start ramai. Sebenarnya di Rome memang banyak historical sites, bangunan dan monuments yang famous namun yang betul2 kami masuk Colosseum je. Yang lain hanya jenguk2 dan ambik gambar dari jauh je. Hehehe. Mari layan gambar2 satu hari di Kota Rome.


Alhamdulillah..dapat jejak tanah Rome dan Colosseum ada di depan mata...
Di ruang pameran dalam Collosseum- Head Sculpture 
Internal view of Colosseum






Arco di Constantino (Arc of Constantine) view dari Colosseum - teringat pulak abang John Constantine, dah la aku baru je ulang tayang citer tersebut
Ada banyak gak gerai yang jual souvenir

Ramai pelancong kat Colosseum


Arco di Constantino dan Colosseum

Jalan2 kat Kota Rome
Next,  plan  nak jalan2 area pusat bandar Rome.  Semasa dalam perjalanan boleh nampak kesan tapak peninggalan ancient rome along the street.








Civlio Caesari Dict Perpetvo- tak pasti statue apa, mungkin statue Julius Caesar..hahaha..lawatan takder tourist guide macam ni la..banyak benda yang tak sure


Bangunan2 yang sempat snap semasa jalan2

Jalan punya jalan jumpa pulak Forum of Trajan ( Foro Di Traiano). So jom singgah jap.

Trajan's column (Colonna Traiana) di Forum of Trajan

Close up- Trajan's Column
Orang yang pakai trojan warrior costume. Nak ambil gambar dengan mereka ni kena bayar ye..









Monumento a Vittario Emanuele II (National Monument to Victor Emmanuel II) atau dikenali juga sebagai  Altare della Patria (Altar of the Fatherland)

Trevi Fountain- masa time pegi ni masih dalam restoration

Buat masa ni boleh lempar duit kat sini je



Dekat area Trevi fountain ni banyak kedai2 untuk membeli belah. Souvenir pun banyak kat sini. Sempat gak kami makan aiskrim dan beli T-shirt sebagai kenangan. Dari sini kami naik bas untuk ke Roma termini. Tak larat nak jalan dah..ketar lutut rasanya.

Singgah makan pizza kat restoren halal berdekatan area luar bangunan station Roma termini. Banyak Halal restoren kat area situ

Destinasi terakhir untuk jalan2 di Kota Rome adalah Vatican City. Dari Station Termini kami menaiki Metro ke station Ottaviano. Dalam 10 minit juga nak sampai vatican City dari station. Masa nak menuju ke church ni ramai betul tour agents duk tahan2 kami. Mereka ingat kami ni salah jalan sebab jalan yang kami pergi ni menuju ke church. Untuk ke muzium jalan lain. Mereka pelik sebab kami ni muslim kenapa nak pegi church. Kebanyakan tour agents yang tahan2 kami tuh kebanyakan nya dari muslim country. Kami pun explain la kat mereka kami just nak ambil gambar je.
Menuju ke Vatican City



Dah nak sampai ke Vatican city. Ada polis jaga kat pintu masuk tu. Ramai je polis kat area ni.

Ramai betul orang beratur nak masuk church kat bangunan ada kubah tu (St. Peter's Basillica)

St. Peter's square in Vatican City.  Monumen yang tinggi tu adalah Obelisk

Ko tengok orang queue..dari bangunan sebelah kanan tuh lagi..punyalah panjang org beratur

St. Peter's Basillica




Sekejap je kami kat vatican city ni. Ambil2 gambar terus balik. Tak singgah pun ke museum. Time jalan balik jumpa gerai jual jacket dan coat yg murah. Masa time nak pi Swiss tak jumpa plak. Tak beli pun sebab kembara kami dah nak sampai penghujung. Lagipun next destination takde la sesejuk macam jungfrauoch. Betapa famousnya kami sampai orang yang jual tu pun duk tanya soalan yang sama macam sebelum ni..why you go to churh? are you a muslim? hahahaha...Kagum aku..perasan pulak mereka ni muka kami. Ramai kut orang lalu lalang dan  kedai tersebut berdekatan dengan station Metro. Mungkin dorang perasan masa time kami pergi tu direction menuju ke church. Sampai kat Numidio Quadrato kami jalan2 kat kawasan sekitar sebelum balik ke tempat penginapan. Sempat juga singgah supermarket tengok harga2 barang. Salah satu aktiviti kami kalau pi supermarket. Hehehehe. So far, mana2 tempat kami pergi di Eropah, harga barang2 keperluan macam biskut, roti dan lain2 memang murah.

Maka berakhirlah sudah kembara Rome kami. Jumpa di Greece pulak. Ok. Bye.



No comments:

Post a Comment