Tuesday 29 September 2015

Kembara Eropah: Day 16 Travel to Greece- Athens

24 April 2015 (Saturday)

Seawal 5.30 pagi kami dah sedia menunggu Metro untuk ke Roma Termini. Pagi2 pun ramai orang padahal Metro mula beroperasi pukul 5.30 pagi. Kami akan menaiki train ke Rome Fiumicino airport untuk destinasi seterusnya iaitu Athens, Greece yang dijadualkan berlepas pada jam 8.40 pagi. Tiket train ke airport dari Roma Termini sudah kami beli pada hari yang sebelumnya beharga 14 Euro.

Kami menggunakan penerbangan Alitalia untuk ke Athens. Had maksima yang dibenarkan untuk luggage adalah 23kg, akan tetapi masa nak check in luggage rupa2nya hanya dibenarkan satu bag sahaja. Dah satu hal kena repack semula.Masa nak check in luggage, tetiba staff tersebut mintak visa. Huh....pelik ni..takkan staff ni tak tahu yang kami tak perlukan Visa. Even dah explain, tak puas hati gak..duk call sapa ntah untuk confirmation. Lama gak sangkut kat kaunter. After dah dapat confirmation tanya macam2 pulak. Bila nak balik, tak boleh stay lebih dr 3 bulan  dan macam2 lagi...Helloooo...aku tau la semua tuh..pelik aku...lagipun memang nak keluar dah pun dari tanah Rome tuh..tak balik dah pun sana...Pftttt...please la cik adik...aku pun tak hingin nak menetap kat sana..lain la kat Swiss..memang aku teringin...Selesai di kaunter dengan staff kereks tuh nak kena drop luggage plak kat tempat lain coz bag aku besar sangat katanya..Macam2 hal...

Alhamdulillah penerbangan ke Athens berjalan dengan lancar dan kami sampai di Athens airport lebih kurang pukul 11.40 pagi. Kami decide untuk ambil taxi ke tempat penginapan kami di Damassippao 28, maka kami angkut semua luggage kami. Kat sini, tambang taxi adalah flat rate iaitu 35 Euro hari siang dan malam pula 50 Euro. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit. Tak jauh sangat la airport dengan tempat penginapan kami. Awal2 lagi Becky, host kami di Athens dah bekalkan pincode untuk access pintu masuk ke building apartment kami dan kunci apartment sudah tersedia di pintu. Apartment kami di ground floor yang sangat selesa untuk kami berdua.

Petangnya kami jalan2 di sekitar kawasan apartment serta survey station Metro yang berdekatan. Jauh jugak nak ke station Metro terdekat iaitu Megaro Mousikis lebih kurang 15 minit dari apartment. Mungkin ada jalan pintas yang lebih dekat. Tengok2 juga kalau ada restoren halal yang kami boleh try tapi nan hado. Komunikasi kat sini agak sukar sebab tak ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris tapi so far ok la boleh faham sebab kami guna bahasa isyarat jugak..heheheh.  Lagi satu kena tanya ramai orang. Harga tiket Metro pulak 1.40 Euro untuk satu perjalanan ke mana2 destinasi manakala 24H pass berharga 4 Euro. Tak snap gambar pun hari sampai hari Athens tu...Till next time. Ok. Bye.



No comments:

Post a Comment