Pukul 7.30 pagi kami dah terpacak di station Firenze untuk next train kami ke Pisa. Actually kami akan ke Rome pada petang ini so kami decide untuk singgah sebentar di Pisa. Aku dan Dot memang suka singgah menyinggah ni.
Tengok peta nak pegi leaning tower of Pisa |
Battistero..antara bangunan yang ada di Piazza del Duomo. Nampak tak Leaning Tower kat belakang tu |
Inilah dia Leaning Tower of Pisa |
Cathedral |
Boleh panjat tower nih kalau rajin. Kami tengok dari luar je.. |
Pintu yang ada di Leaning Tower. Tak sure ada banyak pintu lagi ke tak. |
Tengok dari jauh memang nampak condongnya |
Singgah makan kat restoren halal kat area Pisa. Sedap sangat makanan Italy ni-Arancini |
Nasi kepal goreng dalamnya ada sayur2 |
Makan bersama Pizza- sedap jugak |
Dataran depan Pisa station |
Pisa Centrale- Train station |
Ok. Bye kami nak pergi Rome pulak ni |
Kami singgah di Pisa semata mata nak tengok Leaning Tower sahaja. Alhamdulillah dapat jugak tengok dan sempat pulak rasa makanan Itali kat Pisa. Train kami ke Rome pada pukul 2.54 petang. Perjalanan agak memakan masa kerana banyak berhenti di intermediate stations. Dalam train ke Rome tempat letak bag berada di atas kepala maka agak sukar bagi kami nak angkat bag2 tersebut. Terima kasih kepada seorang jejaka Itali yang baik hati kerana sudi membantu kami. Beliau turun di station sebelum kami turun, sempat turunkan bag2 kami tu sebelum beliau turun memandangkan tempat kami duduk tu unoccupied. Grazie signore.
Kami sampai di Roma Termini lebih kurang 6.05 minit petang. Simpan barang kat station kemudian menaiki metro untuk ke Numidio Quadrato station yang berdekatan dengan rumah host kami. Masa nak ke Metro station tu sempat tengok telenovela uda dan dara. Kali ini scene perpisahan kut sebab tengok si dara tengah nangis2 sambil dipujuk oleh si uda. Tengok telenovela orang skang telenovela kami pula. Kami punya pulak war scene. Macam berperang rasa nak naik metro. Aku rasa kat Rome ni sangat sesak dengan manusia. Nak masuk Metro pun rasa penyeksaan terutama dari Roma Termini ni. Metro sangat padat sampai nak masuk tak muat. First Metro tak masuk pun sebab rasa tak mampu nak berebut rebut masuk. Ingatkan next Metro kurang sikit kan tetapi macam tuh jugak. Nak tak nak kena jugak berusaha untuk masuk dalam Metro tu. Memang sengol sengolan la dalam Metro. Sesak nafas weh.
Alhamdulillah sampai jugak kami di tempat penginapan. Sebelum ni aku berurusan dengan Bianca tapi tak sempat pun jumpa sebab Bianca dah keje di tempat yang lain. Kat sini kami berurusan dengan mak Bianca, iaitu Puan Emmanuella. Beliau sangat baik dan banyak bagi info pasal Rome.
Seperti malam2 sebelumnya di Eropah, kami lepak kat bilik je. Esok nak pi melawat colosseum dan jalan2 di sekitar Rome. Ok. Bye.
No comments:
Post a Comment